Pengenalan Kepada Website Domain

nama domain websiteDomain adalah nama laman web kita untuk dilayari secara online oleh pengguna internet. Contohnya nama domain yang saya pilih bagi blog saya ini adalah www.nikthoha.com. Nama domain yang kita gunakan adalah bergantung kepada keperluan, sama ada nak letakkan nama sendiri ataupun nama perniagaan kita.

Contoh nama domain bagi website-website yang popular adalah www.facebook.com, www.google.com, www.youtube.com, www.twitter.com dan banyak lagi nama domain lain yang popular yang dimiliki oleh syarikat gergasi di dunia ini.

Nama domain boleh dibeli daripada syarikat penyedia hosting yang ada di Malaysia ataupun di luar negara. Ada juga syarikat hosting yang memberikan nama domain secara percuma jika kita membeli hosting dari mereka.

Antara syarikat hosting yang pernah saya guna adalah dari syarikat Netkl Network. Harganya adalah berpatutan dan juga servis dari syarikat hosting ini adalah yang terbaik setakat ini sepanjang pengalaman saya menggunakan perkhidmatan hosting dari syarikat mereka sejak dari tahun 2009 lagi.

Nama domain yang dipilih hendaklah pendek dan ringkas supaya ia akan mudah diingati serta ditaip oleh pengguna. Elakkan menggunakan nama domain yang terlalu panjang dan boleh menyebabkan kekeliruan kepada pengguna.

Kita harus bijak memilih nama domain yang terbaik agar website kita akan sentiasa dikunjungi dan diingati oleh pengguna.

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *