Contest Review Lynk.my 2015

Contest Review Lynk.my 2015

(Jom sertai Contest Review Lynk.my 2015 untuk berpeluang memenangi hadiah keseluruhan berjumlah RM4000)

Contest Review Lynk.my 2015 ini dianjurkan oleh penyedia perkhidmatan URL Shortener Malaysia iaitu website LYNK.MY. Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut tentang Lynk.my dan juga Contest Review ini, mari kita berkenalan dulu secara ringkas dengan (URL Shortener).

Sistem Peringkas URL (URL Shortener)

Uniform Resource Locator (URL) ataupun kita biasa sebut sebagai link website adalah benda yang selalu kita jumpa apabila melayari internet. Contoh URL / link website yang sudah biasa kita jumpa adalah URL milik google http://www.google.com.my, dan url milik facebook pula http://facebook.com serta banyak lagi url website lain.

Contoh URL yang diberikan tu ok lagi sebab ringkas dan mudah nak ingat. Apabila dah masuk ke dalam beberapa page tertentu, url-url tadi akan bertukar menjadi panjang lebar dan susah nak ingat. Kadang-kadang tu nampak serabut sebab panjang sangat. Bukan saja serabut tapi nak klik pun fikir dua kali sebab takut terklik link SPAM yang ada virus. Jika link tu ringkas dan pendek, kita akan klik dengan senang hati tanpa rasa serba salah.

Bagi mereka yang biasa buat pemasaran affiliate. URL Shortener ini digunakan untuk menyorokkan link affiliate mereka. Bila orang klik, mereka tak perasan yang itu adalah link affiliate. Kebanyakan link affiliate juga panjang. Jadi kena gunakan URL Shortener untuk pendekkan URL affiliate kita.

Ada banyak cara untuk kita pendekkan URL. Kebiasaannya saya selalu menggunakan URL Shortener luar negara seperti Bit.ly, Tinyurl.com untuk memendekkan URL yang panjang lebar. Jika di dalam negara Malaysia pula anda boleh pendekkan URL dengan menggunakan Lynk.my.

Pengenalan Kepada LYNK.MY

Mesti ramai yang nak tahu apakah itu LYNK.MY kan? Anda jangan tersilap eja pula ya. Ia bukan link.my tapi yang betul adalah lynk.my. Saya pun hampir beberapa kali nak tersilap eja semasa taip. Ok secara ringkasnya lynk.my adalah sebuah sistem/website URL shortener yang dibangunkan oleh anak Malaysia untuk kegunaan rakyat Malaysia. URL website utama mereka adalah http://lynk.my

Apakah Itu lynk.my URL Shortener (www.NikThoha.com)Seperti yang diterangkan pada permulaan artikel tadi, lynk.my berfungsi untuk memendekkan mana-mana URL website yang anda inginkan. Contohnya saya ingin memendekkan URL artikel ini.

  1. http://www.nikthoha.com/contest-review-lynk-my-2015/
  2. http://lynk.my/Q0lf

Nombor 1 adalah URL asal artikel ini. Selepas dipendekkan dengan menggunakan lynk.my, ia telah menjadi url yang pendek iaitu url nombor 2. Kedua-dua destinasi adalah sama iaitu membawa anda ke halaman artikel review ini.

Apa yang lebih menarik adalah anda mampu untuk menjana pendapatan sampingan melalui setiap klik yang anda dapat melalui URL shortener lynk.my anda. Caranya adalah dengan mendaftar dan buka akaun lynk.my anda hari ini.

Cara Untuk Join LYNK.MY:

  1. Daftar akaun lynk.my secara percuma. [ Klik Di Sini ]
  2. Selepas daftar dan sahkan akaun melalui email. Login akaun anda.
  3. Paste kan url/link yang anda mahu di ‘Create Links’. Klik Lynk It!
  4. Copy URL yang telah dipendekkan. Share di facebook, twitter, email atau di mana saja yang anda mahu. Buat promosi secara beretika. Elakkan SPAM yang keterlaluan. 🙂

Anda akan dibayar untuk setiap klik yang anda dapat pada pautan URL lynk.my milik anda. Begitu mudah sekali untuk menggunakannya dan buat duit dalam masa yang sama.

Kelebihan Jika Menggunakan Sistem LYNK.MY

Ada banyak kelebihan yang boleh kita dapat sebagai ahli dan pengguna servis lynk.my. Antara kelebihannya adalah:

Pendekkan URL Guna Lynk.mySudah tentu kelebihan utama Lynk.my adalah sistem memendekkan URL website. Ia membantu anda untuk memendekkan mana-mana URL yang anda mahu tanpa mengubah lokasi asal url tersebut. Hanya perlu copy paste dan copy semula url baru lynk.my.

 

Jana Pendapatan Dengan Lynk.myMenjana pendapatan sampingan dari setiap klik yang anda perolehi pada url lynk.my anda. Gunakan fungsi lynk.my dengan sebaiknya untuk menjana pendapatan sampingan secara online. Kadar bayaran adalah RM10 bagi setiap 1000 Unique Visitor (UV) yang klik URL lynk.my milik anda. Lagi tinggi jumlah klik maka lagi tinggi bayaran yang anda akan terima.

 

Pemasaran Internet Dengan Lynk.myPengguna Lynk.my boleh menjadi Advertiser dan boleh mula membuat pengiklanan dengan harga bayaran serendah RM10 sahaja. Kini sesiapa saja boleh mengiklan produk/servis mereka tanpa kos yang mahal kepada beribu-ribu trafik yang target dari Malaysia.

 

Pembayaran Online Banking Lynk.mySegala urusan pembayaran dalam Lynk.my adalah melalui Online Banking Malaysia seperti Maybank2u, Cimbclicks dan lain-lain. Ianya sangat mudah dan menjimatkan masa kita sebagai pengguna.

 

Trafik Dari Pengguna Manusia Sebenar

Setiap trafik/pelawat yang klik dan masuk ke url Lynk.my akan ditapis bagi memastikan ianya bukan trafik robot. Hanya trafik dari pengguna internet dikalangan manusia sebenar sahaja. Kelebihan ini untuk pengiklan yang mensasarkan trafik dari pengguna internet sebenar dan bukan trafik robot.

 

Statistik Pelawat Klik Lynk.my

Setiap pengguna dapat melihat secara details statistik trafik/pelawat yang telah klik URL lynk.my mereka. Contohnya seperti graph report, negeri & negara pelawat, referring website, total views & earns dan banyak lagi fungsi lain yang ada dalam page akaun pengguna.

Itu adalah diantara beberapa kelebihan jika anda menjadi pengguna berdaftar lynk.my. Daftar sekarang sebagai ahli lynk.my untuk rasai sendiri kehebatan sistem URL shortener LYNK.MY. [ Klik Di Sini ]

Sertai Contest Review lynk.my 2015

Bagi anda yang meminati pertandingan menulis review, jom sertai Contest Review lynk.my 2015. Ianya terbuka kepada semua pemilik blog seluruh Malaysia. Syarat utama adalah rakyat Malaysia.

Sertai Contest Review lynk.my 2015

Contest Review ini berlansung selama lebih kurang DUA bulan sahaja, iaitu bermula pada 27 Oktober 2015 sehingga 27 Disember 2015. Pihak penganjur mempunyai hak untuk melanjutkan pertandingan jika perlu.

Terdapat TIGA kategori utama yang dipertandingkan iaitu kategori TOP SEO, TOP lynkUNDI dan juga TOP CREATIVE.

Hadiah yang ditawarkan adalah cukup lumayan untuk dimenangi oleh pemenang-pemenang bertuah contest ini bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Jumlah keseluruhan hadiah yang ditawarkan adalah berjumlah RM4000.

TOP lynkUNDI TOP SEO TOP CREATIVE
Tempat Pertama RM500 RM500 RM1000
Tempat Kedua RM300 RM300 RM500
Tempat Ketiga RM100 RM100 RM200

Untuk keterangan lebih lanjut tentang syarat-syarat dan cara-cara untuk menyertai Contest Review Lynk.my 2015 ini, anda boleh rujuk ke bahagian support LYNK.MY.

Artikel review ini ditulis kerana saya juga telah pun menyertai contest review ini. Klik CONTEST ID sebagai tanda sokongan kepada blog NikThoha.com. Terima kasih atas sokongan anda. [ KLIK CONTEST ID ]

Saya ucapkan selamat berjaya kepada semua peserta Contest Review Lynk.my 2015. Kepada pihak penganjur LYNK.MY, semoga terus maju jaya dalam memberikan servis terbaik kepada semua pengguna URL Shortener dinegara kita. Kekalkan status anda sebagai Malaysia No 1 URL Shortener.

Jom Daftar Lynk.my (www.NikThoha.com)[ Klik CONTEST ID NikThoha.com]

2 comments on “Contest Review Lynk.my 2015

  1. Afzai Afandi

    Selamat bertanding. Kalah menang itu hakikat yang penting kesanggupan. Tahniah daripada saya dapat cungkil kesanggupan untuk menyertai.
    Mudah2an ada rezeki tuan dalam contest ini

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *