Kelebihan Berniaga Online Menggunakan Platform Shopee

belajar guna shopeeZaman sekarang ni, hampir semua orang memilih untuk membeli secara online. Bukan apa, dengan hanya “browse” website Shopee atau app Shopee, anda dapat lakukan jual beli dengan hanya klik dan lepak santai dirumah sahaja. Ada cara mudah, pasti kita akan pilih cara mudah kan?

Tak perlu lagi untuk keluar rumah, start enjin kereta, pergi dari satu kedai ke satu kedai untuk survey dan compare harga. Mudah kan dunia sekarang ni? Itu merupakan salah satu daripada kelebihan yang ada pada Shopee.

Shopee menawarkan berbagai produk pada harga yang sangat murah dan berpatutan. Hampir apa sahaja produk yang anda inginkan dapat ditemui disini. Ia juga sangat mudah buat pembeli dan penjual untuk melakukan transaksi kerana ia mempunyai sistem yang sangat mesra pengguna dan selamat untuk kedua-dua belah pihak.

Jika dilakukan perbandingan diantara Shopee dan marketplace lain, ternyata Shopee telah jauh meninggalkan pesaingnya. Berdasarkan kajian, Shopee mendahului sebagai app mobile shopping terbaik.

Kajian ini adalah berdasarkan kepada penggunaannya di Asia Tenggara. Kawasan ini merupakan kawasan dimana penduduknya lebih gemar mendapatkan maklumat atau membeli belah dengan menggunakan telefon pintar.

Dalam hal ini, ternyata Shopee bukanlah saingan platform-platform lain yang menawarkan ciri-ciri dan konsep shopping online yang sama.

5 Sebab Kenapa Pengguna Suka Jual Beli di Shopee

1) Ciri Anti-scam Tahap Tinggi

Dengan menggunakan konsep pembeli membayar dan Shopee akan “hold” dahulu duit tersebut sebelum diberikan kepada penjual sehinggalah barang telah tiba ke destinasi pembeli, menjadikan Shopee lebih diyakini serta selamat daripada “scammer”.

Penjual juga dapat mengelakkan diri mereka dari menanggung kerugian kerana terdapat sesetengah pembeli yang meminta barang dipos terlebih dahulu sebelum mereka bayar.

2) Banyak Gambar Dapat Diupload Untuk 1 produk

Gambar yang menarik akan menyebabkan ramai orang tertarik untuk membeli. Gambar dapat diambil dari segenap sudut supaya prospek anda mendapat gambaran yang jelas mengenai produk yang anda jual.

3) Mempunyai Mobile App

Apabila menggunakan App ia dapat memudahkan segala urusan pembelian menjadi lebih lancar. Ia dapat diakses dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Penggunaan app sangat sesuai dengan kecenderungan rakyat Malaysia yang lebih mengutamakan penggunaan telefon pintar berbanding laptop, pc dan sebagainya.

4) Harga Produk Yang Dijual Adalah Murah

Jika anda bandingkan harga produk di platform online shopping lain, anda akan nampak perbezaan harga yang ketara dengan produk sama yang ada dijual di Shopee. Pembeli juga sangat suka dengan tawaran kebanyakan penjual yang menawarkan free shipping.

5) Interface Yang Sangat Mudah Difahami

Anda kena faham yang manusia ni tak sukakan keadaan yang “complicated”. Arahan perlulah jelas supaya pengguna tahu dimana nak membeli, dimana nak menjual, dimana nak dapatkan maklumat, dimana nak lakukan pembayaran dan lain-lain.

Ternyata dengan Shopee, anda akan rasa sangat-sangat mudah untuk melakukan semuanya. Ia secara tidak langsung telah meningkatkan jumlah penggunanya saban hari dan meningkatkan lagi peluang buat peniaga di Shopee untuk mengaut keuntungan.

 

Banyak lagi sebab utama yang membuatkan ramai orang berjual beli di Shopee. Jika anda berjaya untuk kenalpasti dan menggunakan sebab-sebab tersebut sebaiknya, anda bukan sahaja mampu untuk menjual apa sahaja di Shopee. Anda juga mempunyai potensi untuk menjana sehingga RM1000 sehari dengan menjual di Shopee.

Syaratnya mudah sahaja. Anda perlukan ilmu dan mentor yang betul. Nak dapatkan personal coaching mungkin anda perlu laburkan sehingga ribuan ringgit. Tapi, ada satu lagi cara untuk anda dapatkan ilmu dan mentor yang tepat pada kadar yang sangat-sangat berpatutan iaitu menerusi Rahsia Shopee. [ KLIK SINI ]

Dalam panduan ini, anda akan dimasukkan kedalam group support yang akan membimbing anda sepanjang perjalanan anda selaku seorang seller di Shopee. Anda juga akan diberikan akses kepada video tutorial untuk memudahkan lagi proses pembelajaran anda. Jadi dapatkan akses kepada Panduan Rahsia Shopee sekarang juga!

berniaga guna shopee>> KLIK SINI UNTUK DAPATKAN RAHSIA TEKNIK SHOPEE <<

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *