Category Archives: Review

4 Langkah Bagaimana Memulakan Bisnes di Ebay

Apa yang perlu new seller tahu untuk Belajar Bisnes Ebay?

Saya mendapat banyak soalan terutamanya dari new seller yang masih belum faham macam mana proses jualan boleh terjadi di ebay.

Ini antara soalan yang sering ditanya:

Bagaimana hendak bermula untuk menjual di ebay? Berapa modal permulaan untuk berniaga di ebay? Jika tak mahir berbahasa inggeris boleh ke berniaga di ebay? dan banyak lagi.

Ok baik. Saya harap artikel kali ini membantu para peniaga ebay yang masih baru nak menceburkan diri berbisnes di ebay dapat faham dengan jelas macam mana nak bermula.

Untuk memulakan bisnes di Ebay, anda perlu menguasai 4 ilmu iaitu:

  1. Kaedah membuat Kajian Produk
  2. Mencari Sumber Supplier yg murah
  3. Membuat Iklan di ebay
  4. Proses Order

Saya terangkan serba ringkas untuk anda dapat mudah paham prosesnya dengan baik.

Langkah 1: Kaedah membuat Kajian Produk

Computer architecture

Ini adalah persoalan utama yang sering bermain di fikiran new seller. Persoalan barang apa yang nak dijual, adakah ada permintaan dan sebagainya.

Cara nak buat research ni kalau anda dah tahu mesti anda terkejut sebab tak sangka sebenarnya banyak benda yang boleh dijual di ebay ni

Cara yang paling simple nak buat jualan, ialah anda perhatikan dalam rumah anda, barang apa yang tak dipakai lagi, so kalau ada just ambil gambar dan iklankan di ebay.

Kaedah kedua kalau anda masih takde idea nak jual ape, just pergi je kat shopping complex, kedai runcit, jualan gudang yang terdekat dan perhatikan apa barang yang ada dijual kat sana.

Jika ada barang yang menarik perhatian, anda cuba buat carian di ebay, ada tak orang jual kat ebay, kalau ada anda boleh beli satu dulu dan try buat iklan kat ebay.

Jom kita tengok beberapa contoh:

Computing

Tiger balm ni boleh dapat kat kedai-kedai runcit, harga datang baru berapa ringgit je, kalau anda beli borong, dapat jauh lagi murah.

Contoh barang ke 2:

Ebay

Harga sebotol baru RM15 or USD3.52, harga seller ni jual USD12.99. Dah terjual sebanyak 193 unit

193 x 12.99 = USD2507.07 = RM10682.02! banyak tuuu. kan?

Jual durex play jer.

Software

Ok, so dah tau sikit-sikit try lah buat latihan. Bagi suami yang selalu temankan isteri shopping tu, anda boleh buat market survey sikit.

Tengok apa barang yang anda jumpa tu then bukak handphone search kat ebay ada tak jual barang yg anda tengah tengok tu.

Kalau ada, simpan data tu, balik rumah buat analisis sikit.

Alright, tu kaedah cuba-cuba. Orang panggil kaedah konvensional.

Manakala kaedah yang terpelajar sikit anda buat analisis gunakan the past historical selling of data dari ebay sama ada secara manual ataupun menggunakan software.

Kalau secara manual anda kena scrape data dari ebay then masukkan dalam excel dan analisis berapa harga jualan purata, berapa unit terjual sebulan, berapa ramai competitor dan sebagainya.

Anda boleh juga pergi ke website ebay dan lihat apa item yang telah terjual menggunakan advanced search ebay.

Leceh sikit la kalau buat manual.

So jangan buang masa, gunakan segala apa sumber yang dah sedia ada seperti website terapeak. Website terapeak ni akan bantu anda buat analisa barang terjual dan bagi anda keputusan patut atau tak patut untuk anda jual barang anda dah jumpa tu.

Di dalam Video Blue Print Ebay Research Intelligence Method (BPERIM), ada lebih kurang 6 video tutorial yang menerangkan macam mana nak buat kajian pasaran secara santai tapi menyengat.

Langkah 2 : Mencari sumber supplier yang murah

YANG

Bila dah tau demand, sekarang ni anda cuba cari pula supplier yang termurah di pasaran.

Jika anda ada modal besar dan yakin barang tu boleh pergi jauh berdasarkan data-data kajian yang anda dah analisa menggunakan terapeak, so jangan takut-takut untuk start invest sikit duit beli produk dari supplier.

Jangan pening-peningkan diri anda, kalau tak jumpa supplier, tengok je kat kedai runcit ada tak jual barang tu, tengok kat mydin, tesco, jusco, watson, guardian atau mana-mana sahaja yang ada jual barang yang anda nak.

Kalau jumpa harga memang lagi murah dari anda nampak kat ebay, ada profit, jalan jer.

Itulah supplier anda, tak semestinya supplier tu mesti kena harga paling rendah seminima yang mungkin, nanti bila dah start jual pelan-pelan cari lagi sumber yang lebih murah.

Yang penting anda jual kat ebay ni ada progress.

Anda belajar something. Tak perlu tunggu sampai dapat harga yang betul-betul murah. Kalau tak saya percaya smpai bila-bila anda takkan start-start menjual di ebay.

Kalau takut nak beli banyak, beli je 1-2 dulu sebagai stok.

Nanti bila dah dapat rentak dan dah yakin hasil kajian anda tu memang betul ada demand boleh jual kat ebay, baru start pam modal lagi besar untuk tambah stock.

Ni orang kata cara smart berniaga. Modal seminima mungkin dan profit semaksima mungkin. Baru namanya anda berniaga dengan kos yang paling minima.

Langkah 3 : Membuat iklan di ebay

Computer architecture

So bila anda dah tau ada demand, lepas tu dah ada supplier, dah beli satu dua stock untuk jual, ape lagi, ambil gambar lawa-lawa untuk buat iklan kat ebay la.

Kalau camera canggih-canggih takde pun takpe. Kalau takde lighting box pun takper. Takde masalah.

Jangan bebankan fikiran anda untuk kena ada semua benda dulu sampai lengkap, yang penting progress.

Guna jer apa yang anda ada dulu. Nanti dah ada sale masuk atau dah ada bajet baru start upgrade barang-barang keperluan bisnes anda pelan-pelan.

Ok bila dah ada gambar yang memuaskan, buka akaun ebay anda dan buat iklan untuk try jual barang jualan anda tu secara auction atau buy it now.

Kalau barang tak terjual, takde kerugian apa-apa pun. Kalau terjual anda dapat profit.

Senang kan?

Ebay dah tolong carikan buyer untuk anda. Dah siap iklan tunggu je sampai listing anda tamat. sementara tunggu tu anda boleh fokus buat kerja lain pulak.

Langkah 4 : Proses Order

Computing

Congatulation your ebay item sold! You receive a payment!

Itu adalah emel yang pertama anda akan terima apabila anda punya barang berjaya terjual.

Kalau barang ni adalah barang yang pertama anda berjaya jual di ebay, ucapkan syabas untuk diri anda!

Akhirnya usaha anda telah nampak hasil. Jangan fikir dulu berapa profit yang anda dapat, walaupun tak besar pada awalnya, tapi apa yang lebih penting dah dah tau algorithm ebay.

Anda dapat paham macam mana nak jual kat ebay ni. Apa yang lebih penting anda dah ada ilmu berniaga di ebay.

Langkah terakhir ialah proses order bila anda dah dapat buyer dari jualan anda di ebay.

Peringkat ni anda perlu belajar macam mana nak pos barang anda ke customer, kenalpasti shipping company  mana yang terbaik dan termurah.

Saya cadangkan anda gunakan pos malaysia flexipax, sebab kosnya sangat murah. dengan harga RM8 + RM4.6 (tracking number) anda dah boleh hantar barang sampai ke USA.

Dah selesai hantar barang, upload tracking number ke dalam akaun paypal anda dan akaun ebay anda untuk bagi update pada buyer.

Mudah kan?

Kesimpulan

So sebagai kesimpulan, apa yang saya nak kongsikan untuk anda jika masih belum pernah buat jualan kat ebay lagi, bermulalah dari sekarang.

Sebab kos nak buka akaun ebay adalah sangat-sangat rendah tapi customer yang anda bakal dapat adalah seluruh dunia.

Tak rugi untuk anda spend masa sikit sehari 2-3 jam untuk belajar proses buat jualan di ebay. Apa yang penting adalah dah ada ilmu cepat-cepat take action.

Lepas baca artikel ni buatlah dulu apa yang anda mampu. Yang penting ada progress.

Percayalah cakap saya, bisnes di internet ni, bahagian yang paling susah adalah nak dapatkan trafik buyer, ramai newbie yang gagal sebab tak pandai tarik trafik untuk buat jualan, tapi di ebay masalah utama yang dihadapi oleh newbie ni ebay dah bantu selesaikan.

Waktu mula-mula anda berniaga memang takkan nampak sangat profitnya.. sebab akaun ebay anda belum cukup matang, akaun ebay anda belum cukup kuat untuk bagi anda duit yang banyak

Anda perlu ada mindset yang betul, ni bukan skim cepat kaya, hari ni masuk buat pelaburan, esok lusa dah nak dapat untung.

Kalau anda tanam pokok sawit, setahun dua baru dapat raih income nya. Modal nak tanam pokok sawit pun berapa kosnya? Boleh ke tanam tepi rumah or dalam pasu?

Tak boleh kan? At least kena beli tanah seekar dua, lepas tu kena beli benih sawit, kasi baja, upah orang jaga, sampailah pokok tu membesar dan boleh kutip hasil. kos nak beli tanah seekar je dah telan kos RM50 ribu- RM100 ribu.

Belum lagi kos-kos yang lain..

Berbanding dengan bisnes ebay ni, modal anda cuma buka akaun ebay kena cas RM3 untuk update automatic seller fees, dan cas kedua adalah nak verify paypal RM10. Total kos adalah RM13 sahaja.

Modal selebihnya adalah modal ilmu dan juga modal nak beli barang untuk jual kat ebay.

Saya sangat recommend jika anda berminat untuk belajar menjual di Ebay, anda boleh rujuk Ebook panduan lengkap ini.

Ebay

Ia sangat sesuai untuk newbie yang baru nak memulakan bisnes di ebay dengan hanya menggunakan dropship sahaja.

Klik di sini untuk download Ebook Panduan Ebay >>

Semoga bermanfaat!

3 Langkah Nak Buat Bisnes Secara Dropship Di Ebay Yang Ramai Tidak Tahu

Artikel kali ini saya nak kongsikan satu teknik yang dipanggil custom dropship.

Ada seribu satu teknik dropship untuk anda memulakan jualan di ebay.

Tapi jarang untuk anda temui teknik yang diajar secara terperinci bila anda google, terutamanya artikel dalam bahasa melayu.

So saya nak kongsikan artikel ini supaya lebih ramai membuka mata bahawa peluang untuk menjana pendapatan secara sampingan dari rumah adalah tidak lagi mustahil pada zaman sekarang ni.

Anda hanya perlu ada ilmu sahaja dengan modal yang minima.

Jom tengok beberapa statistik dari terapeak seller-seller yang telah berjaya buat jualan di ebay hanya fokus pada barang “custom dropship” ni:

Ebay

Ini adalah statistik jualan 1 jenis barang sahaja iaitu custom watch.

Jualan jam ini berjaya menghasilkan sebanyak USD164k++ =  RM635K++ setahun oleh 1436 orang seller dari negara indonesia sahaja.

Orang lain boleh jual. Saya boleh jual. Anda juga boleh jual!

Kelebihan bisnes dropship secara custom ni ialah kita boleh menjual mengikut trend terbaru di ebay. Apa yang sedang hangat di cari di ebay, barang tulah yang kita fokus untuk buat jualan.

Ada banyak supplier custom dropship yang boleh anda gunakan. antaranya adalah seperti di bawah:

Jom tengok macam mana proses di sebalik tabir ni:

Langkah #1: Perlu daftar akaun supplier di www.artsnow.com

INI

Selepas anda register, anda akan mendapat 30 hari percuma sebagai dropship reseller seperti di bawah.

Nak Buat Bisnes Secara

Untuk lebih jimat anda boleh terus melanggan selama setahun ianya akan menjadi sebanyak USD 15 sahaja untuk sebulan. (Dalam RM60 yuran langganan sebulan)

Terdapat beratus-ratus jenis item custom yang boleh anda pilih untuk dijual di ebay.

Ramai

Apa yang anda perlu buat hanyalah pilih produk yang anda ingin jual, cari design yang bersesuaian dan jual di ebay. Contohnya saya pilih watch seperti di bawah:

www.artsnow.com

Harga yang ditawarkan untuk bukan ahli adalah berharga USD12.99.

Jika anda telah daftar menjadi reseller dengan melanggan setiap bulan, harga yang anda dapat adalah seperti di bawah:

Yang Ramai Tidak Tahu Artikel

Cuma USD7.99 sahaja.

Pastikan anda sudah ada akaun ebay dan paypal dahulu barulah berbaloi untuk anda melanggan artsnow sebagai supplier anda.

Langkah #2: Kaji permintaan market di ebay

Nak buat kajian ni juga ada banyak cara. Saya kongsikan secara ringkas seperti di bawah:

Cara 1 – Rujuk di website ebay sendiri seperti di advance search ebay.

Ebay

Cari item-item yang telah berjaya di jual di ebay menggunakan specific keyword  seperti “sport metal watch” jika anda memang nak jual jam ni.

Cara 2 – Lihat statistik di website third party seperti di sini www.watchcount.com

INI
Nak Buat Bisnes Secara

Berdasarkan number of watchers yang ramai memberi gambaran bahawa jam dengan tittle volkswagen gti wheel adalah carian keyword yang tertinggi untuk item sport metal watch.

Dari data seperti ni bagi kita idea untuk hanya fokus pada barang seperti ni untuk meningkatkan possibility barang kita terjual lebih tinggi.

Cara 3 – Menggunakan third party Data Research berbayar seperti terapeak:

Ramai

Dari data terapeak di atas, anda mampu mendapatkan data yang lebih accurate dengan cepat dan tepat.

Selain itu juga anda dengan mudahnya boleh filter seller dari setiap negara yang menjual item yang anda nak jual. Inilah kelebihan terapeak berbanding kaedah 1 dan 2 di atas.

Saya lebih suka menggunakan terapeak untuk buat kajian pasaran sebab ianya sangat menjimatkan masa saya untuk buat research.

Keduanya jika saya nak mengintai seller competitor saya dari mana-mana negara ianya lebih mudah.

Kerana jika kita menggunakan fungsi advanced search sahaja, jika competitor saya adalah seller malaysia (dan mereka meletakkan item location mereka selain dari negara malaysia) agak sukar untuk saya menjejaki akaun mereka sebab fungsi advanced search hanya mampu filter based on item location sahaja.

Tetapi dengan terapeak, ianya akan terus filter based on registered account seller tersebut. Walaupun competitor saya meletakkan location item adalah china, saya mampu detect akaun competitor saya melalui terapeak.

Cara 4 – Menggunakan ebay trend website seperti explore.ebay.com

www.artsnow.com

Di website ni anda dapat tahu apa item terkini yang sedang hot di ebay yang mendapat carian keyword tertinggi dan sedang trending di ebay.

Langkah 3 : Design dan listing di ebay

Setelah mendapat idea dan bukti jualan yang tinggi berdasarkan data yang anda kumpul, bermulalah peringkat yang seterusnya untuk anda buat listing di akaun anda pula.

Yang Ramai Tidak Tahu Artikel

Jika anda tak pandai photoshop tak menjadi masalah.

Artsnow telah menyediakan template mereka sendiri. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah cari gambar background yang sesuai dan upload di website artsnow sahaja. pastikan image size yang anda upload tu mestilah mengikut spesifikasi yang diperlukan oleh artsnow seperti gambar di atas.

Ini adalah contoh barang yang telah di iklan kan di ebay menggunakan supplier artsnow.

Ebay

Jika anda pandai photoshop, dah tentulah menjadi kelebihan untuk anda edit gambar display anda jadi lebih cantik dan unik seperti di bawah.

INI

Harga juga anda boleh jual lebih tinggi dan meningkatkan lagi potensi untuk bakal pembeli membeli melalui anda.

Nak Buat Bisnes Secara

Seperti seller di atas dia berjaya membuat jualan sebanyak 95 unit dengan untung bersih sebanyak $5.29 x 95 unit = $502.55 = RM1949.64 hanya dengan menjual 1 jenis jam ini sahaja.

Jika di listing seller ni terdapat 1000 listing dan kita kira secara kasar sebulan hanya 20% sahaja terjual bermakna:

20% x 1000 = 200 unit x $5.29 (net profit) = $1058 = RM4k++ SEBULAN

Ianya adalah bersamaan dengan kos sara hidup sebuah family secara purata di Malaysia!

Kesimpulan

Saya harap anda sedikit sebanyak telah menyedari potensi bisnes ebay ini dan start take action untuk ambil peluang ini. Daripada kita menghabiskan masa scroll facebook tengok newsfeed apa yang orang lain buat, tengok youtube, dan sebagainya,

Lebih baik jika kita fokus pada produktiviti yang membantu meningkatkan ekonomi keluarga kita.

Jalan telah saya tunjukkan. Selebihnya ialah bergantung pada kemahuan anda sendiri.

Teknik yang saya tunjukkan ini adalah 1 daripada 1001 teknik yang ada di ebay. Ada pelbagai lagi teknik dropship yang lain perlu anda pelajari untuk meningkatkan skill buat duit anda.

Saya sangat recommend jika anda berminat untuk belajar menjual di Ebay, anda boleh rujuk Ebook panduan lengkap ini.

Ramai

Ia sangat sesuai untuk newbie yang baru nak memulakan bisnes di ebay dengan hanya menggunakan dropship sahaja.

Klik di sini untuk download Ebook Panduan Ebay >>

Semoga bermanfaat!

Benarkah Bisnes Di Ebay Masih Relevan?

Ramai orang pandang rendah dengan potensi perniagaan di Ebay. Ada yg bertanya dengan saya, masih relevankah bisnes di ebay ni?

Jawapannya YA. Masih relevan selagi anda berniaga dengan cara yg betul.

Baru-baru ini rakan saya telah buka bisnes offline iaitu bisnes kedai makan. Katanya, sebelum ini beliau hanya mendengar dan dah sedia maklum, bisnes offline ni perlukan modal yang besar.

Tapi lepas dah buka bisnes offline dan dah merasainya sendiri modal yang keluar, barulah beliau dapat menjiwai bahawa bisnes online ni sangat best dan lebih berpotensi untuk dapatkan pulangan yang lumayan dengan modal yang sangat-sangat rendah.

Jika anda mempunyai modal sebanyak RM10,000. Kemudian anda laburkan untuk bisnes online anda, saya yakin banyak tools dan perkara yang anda boleh lakukan. Tetapi jika anda laburkan RM10,000 tadi untuk bisnes offline, sudah pasti sangat sedikit peralatan yang anda boleh beli.

Tujuan saya bukan nak bercakap panjang perbezaan antara bisnes offline dan bisnes online ini, apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah bisnes online ini adalah jauh lebih mudah untuk anda usahakan dan jika kena strateginya, hasilnya lebih besar berbanding bisnes offline.

Cuba anda lihat seorang seller di bawah. Beliau menjual barang di Ebay.  Ketika saya buat research, akaun ni masih sangat-sangat baru. Baru daftar pada bulan May 2016. Feedback pun baru ada 3 sahaja.

Cuba

Ini membuktikan bahawa bisnes ebay masih relevan untuk anda lakukan.

Produk apa yang beliau jual tu? Jom kita lihat.

Produk yg dijual sangat tidak asing dari kita. Apa yg dijual adalah AliCafe tongkat ali instant coffee, Maggi Asam Laksa, dan nona kaya jem. Produk yang sangat simple!

Ebay

Maggi yang anda boleh dapatkan di mana-mana sahaja di pasaraya dan kedai runcit. Berapa harga dia jual tu? Mari kita kira keuntungan dia sedikit.

USD 1 = RM4.11

USD 16.90 = RM 69.48

EBAY fees and paypal fees anggaran sebanyak RM10, Kos modal RM6, dan kos penghantaran anggaran RM20

KOS = Harga barang (RM6) + POS (RM20) + FEES ( RM10) = RM36

HARGA JUALAN = RM69.48

Untung bersih seunit = RM69.48 – RM36 = RM33.48

Untung ke rugi? Mamat ni cuma jual maggi jer. Takyah fikir susah-susah nak jual apa. Ketika anda berfikir nak jual apa, mamat ni dah berjaya jual benda yang anda mungkin tak jangka. Itulah keunikan bisnes di ebay.

Facebook

Apa yang bestnya kat ebay ni.. Anda tak perlu keluarkan kos untuk Facebook Ads, bayar google adwords, buat marketing di Instagram dan sebagainya.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah cari produk di sekeliling anda, kemudian ambil gambar produk, listing di ebay dan tinggal. Tunggu sahaja sampai la dapat sales. Sementara tunggu tu anda boleh tidur makan main game dan macam-macam lagi kerja lain yg anda nak buat. Senang kan?

Saya tak menjanjikan bulan dan bintang untuk anda cepat kaya. Percayalah. Real business, it takes time to growing up. Let the business growing up consistently and steadily. As long as you are still making money. It’s better than don’t make anything.

Orang cakap sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Apa yang penting akaun Ebay anda dapat bertahan dan akan datang apabila akaun anda sudah mempunyai feedback yang banyak anda dah boleh generate income USD1,000 sebulan sehingga infiniti. only sky is the limit. 

Seperti seller di atas. Hasil jualannya sebulan pada 21 ogos sehingga 19 sept 2016 yang lepas adalah hanya USD60.70 bersamaan dengan RM247 sahaja.

Instagram

Tak banyak. Tapi apa yang saya nak sampaikan adalah perniagaan di Ebay masih lagi realistik untuk anda usahakan.

Akan datang saya akan share kepada anda bagaimana seorang yang masih sangat-sangat baru lagi dalam bisnes di ebay, dia berjaya generate income bersih sebanyak USD300 ataupun RM1200 sebulan hanya menggunakan platform ebay sahaja. Dan barangan yang dia jual adalah sepenuhnya secara dropship.

Jika anda berminat untuk belajar menjual di Ebay, anda boleh rujuk Ebook panduan lengkap ini.

Mari kita

Ia sangat sesuai untuk newbie yang baru nak memulakan bisnes di ebay dengan hanya menggunakan dropship sahaja.

Klik di sini untuk download Ebook Panduan Ebay >>

Semoga bermanfaat!

Ini Contoh Barang Mainan Yang Terlajak Laris Di Ebay

Hari ini saya nak share kepada anda antara produk hot yang anda boleh jual di Ebay.

Iaitu barang permainan (toys).

Sebenarnya anda tak perlu nak jual semua jenis barang permainan.

Cukup hanya fokus 1-2 jenis barang tapi anda cukup arif tentang produk yang anda jual tu. Lagi spesifik lagi bagus. Sebab anda tak akan ada banyak pesaing untuk anda compete dengan penjual di seluruh dunia.

Untuk memudahkan pemahaman anda, saya akan tunjukkan antara Top seller kategori mainan di ebay.com oleh penjual dari Malaysia.

Ada  24 kategori bahagian toys & hobbies di ebay. Tetapi yang banyak di jual oleh seller Malaysia hanyalah 3 kategori iaitu:

  1. Diecast & Toy Vehicles
  2. TV,Movie & Character Toys
  3. Action Figures
Ebay

Berdasarkan real data terkini 90 hari ( Manual Research + Paid Research, 16 Sept to 15 Dec). Diecast & toy vehicles terdapat sebanyak 549 listing yang telah berjaya dijual (Sold item) oleh seller Malaysia.

eBay.com

Manakala kategori TV movie & character toys pula terdapat sebanyak 229 listing yang telah berjaya dijual (Sold listing) dalam tempoh 90 hari (16sept -15 dec).

Hari ini

Untuk kategori ke 3, action figures pula terdapat sebanyak 187 unit yang telah berjaya dijual dalam tempoh 90 hari (16sept -15 dec).

Malaysia

Diecast & Toy vehichles

Item yang menjadi kegemaran seller adalah Hotwheels super treasure hunt

Jom kita tengok siapa top seller malaysia yang diam-diam jer dia jual makan duit dari hasil berdagang di ebay..

Ebay

Top seller hotwheel di malaysia adalah 2015mymuni. Saya dah follow dia ni dari tahun lepas lagi waktu ebay feedback dia zero. Ya. Dia adalah seller baru..

Tapi jangan terkejut! Walaupun player baru..still boleh jadi top seller.

eBay.com

Akaun daftar pada bulan Mac 2015. Baru setahun lebih jer. Tapi feedback dah ada 919 dan more than 98% positive feedback?

Nak tau sales dia berapa?

Kita tengok sales dia dalam masa 90 hari terkini ( 15 sept to 13 dec 2016)

Hari ini

Nampak tak? Dalam masa 3 bulan sales sebanyak $12,537.37 dan sales throuh rate sebanyak more than 95%. Maksudnya jika dia listing 10 item, 9 daripada item yang di listing akan terjual! Tinggi tu conversion rate!

Memang dia jual barang yang laku keras!

Average sales sebulan adalah sebanyak $4179 = RM18,669.12. oleh kerana dia ni main barang fizikal profit agak tinggi. Ok sebagai contoh, jika kita ambil net profit sebanyak 40% sahaja side income bulanan dia adalah sebanyak RM7467!

Untuk mainan jenis kedua yang banyak di jual oleh seller Malaysia adalah model RMZ city dan welly model.

Siapa top seller ni? Ini dia..

RMZ city model top seller:

Malaysia

Welly model top seller juga adalah seller yang sama:

Ebay

Haa.. Macam nilah kalau anda nak buat research. Study dulu. Buat kajian dulu apa yang laris di Ebay. kemudian kaji siapa pesaing anda.

Lepas tu baru cari supplier dari china. Ada banyak… Nanti ada masa saya cerita mana nak dapat supplier.

Kalau pesaing ramai. Takyah lah jual. Kalau tak, nanti anda sibuk nak buang harga jer. Anda rugi, seller lain rugi. Customer orang putih jugak yang untung. Buat apa niaga kan kalau nak rugi. hihi 

Jom kita tengok berapa sales yang diperoleh oleh penjual yang menjual RMZ city model dan welly model ni:

eBay.com

Nampak dalam masa 3 bulan jer dah kaut sales sebanyak $5,381.79!! bersamaan dengan RM24,038.92! dengan sale through rate yang lebih tinggi dari hot wheel iaitu sebanyak 97%!. (1 ogos 2016 – 29 okt 2016)

Maknanya, kalau anda listing 10 item, 9.7 item akan terjual di ebay!

Nak tau gaji dia berapa? dia ni seller barang fizikal. Gaji dia kita ambil 40% sahaja daripada sales. Gaji dia adalah sebanyak RM3205 sebulan! 

Banyak tu! sama level dengan gaji seorang cikgu dan pegawai kerajaan yang baru nak kerja. Kalau anda ada bisnes ni kan dah tak payah usik duit gaji. best kan?

Hari ini

Nampak tak? Hari-hari dia pergi pos barang. Setiap hari dia pos barang antara 2 unit sehingga 21 unit setiap hari. Tapi tak perlulah untuk anda pergi pos. Anda boleh upah jer budak-budak tolong poskan ataupun anda buat secara berjadual.

Malam sebelum tidur, anda semak order yang dah masuk. Kemudian, mintak tolong wife bungkuskan parcel. Esok pagi nak pergi kerja poskan sekali.

Buat secara part time jer. Gaji RM3K++ tu.

Takkan nak pos barang jer takleh kan. 

Ok lah itu je yang saya nak share. Semoga artikel ini membuka minda anda untuk memulakan bisnes di ebay.

Jika anda berminat untuk belajar menjual di Ebay, anda boleh rujuk Ebook panduan lengkap ini.

Malaysia

Ia sangat sesuai untuk newbie yang baru nak memulakan bisnes di ebay dengan hanya menggunakan dropship sahaja.

Klik di sini untuk download Ebook Panduan Ebay >>

Semoga bermanfaat!