Yakin Dengan Rezeki Yang Telah Ditetapkan

Yakin Dengan Rezeki Yang Telah DitetapkanNikmat rezeki yang kita miliki dalam hidup ini telah tetapkan oleh Allah dan ia adalah hakNya untuk diberikan kepada sesiapa sahaja yang Dia mahukan. Jangan di kejar gunung, kerana gunung tidak akan bergerak. Begitu juga dengan rezeki, kalau itu memang hak kita, ia tidak akan lari jauh dari kita. Kita perlu bersabar sebelum dapat menikmati kekayaan dan kemewahan dari rezeki yang telah ditentukan untuk kita.

Kita tidak boleh terlalu gopoh untuk mengejar kekayaan dan kemewahan di dunia ini. Kita sendiri pasti tidak suka jika kita terlalu didesak oleh orang lain untuk mendapatkan sesuatu dari kita. Begitu juga dengan rezeki kita, jika kita terlalu mendesak ianya akan menjadi sukar untuk diperolehi. Hanya Allah sahaja yang mengetahui sama ada sesuatu itu hak kita atau tidak. Kita cuma boleh berdoa dan meminta petunjuk dariNya.

Memang tidak dinafikan, perjalanan menuju ke arah kekayaan yang kita inginkan tidak semudah yang disangka. Kita perlu berperang dan bersaing dengan manusia lain. Kita perlu pilih sama ada kita mahu gunakan senjata yang baik ataupun buruk untuk bersaing dengan orang lain. Jika dilakukan dengan cara yang baik kita sendiri yang akan mendapat manfaatnya. Begitulah juga sebaliknya.

Berusahalah dengan sedaya upaya dan penuh yakin bahawa Allah akan sentiasa membantu kita. Jangan pernah merasa cepat berputus asa. Orang yang cepat berputus asa adalah orang yang sangat rugi. Jika kita melihat ramai orang yang telah berjaya, kita juga pasti boleh berjaya seperti mereka juga. Setelah gigih berusaha, iringi usaha kita itu dengan berdoa dan bertawakal kepada Allah kerana Dialah yang maha berkuasa untuk menentukan segalanya.

Kejayaan dan kemewahan pasti akan datang kepada manusia yang yakin dan sentiasa mahu mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik.

Setiap hari lakukan perancangan dan mula untuk mengubah kehidupan kita ke arah lebih baik. Ucapkan selamat tinggal kepada kegagalan, selamat datang kejayaan. Berusahalah untuk menjadi orang yang berjaya di dunia dan juga akhirat. InsyaAllah kejayaan sebenarnya pasti akan menjadi milik kita.

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *