Tentang

Tentang NikThoha.comTerima kasih diucapkan kerana telah meluangkan seketika masa anda untuk membaca ruangan tentang penulis blog ini.

Nama blog NikThoha.com ini diambil sempena nama saya sebagai penulis utama blog ini. Saya telah menggunakan nama Nik Thoha dalam dunia online. Hanya nama itu digunakan dalam semua platform online seperti blog, facebook, twitter, instagram dan lain-lain. Supaya orang akan lebih mudah kenal dan ingat. Satu lagi biar ianya unik dan tidak sama dengan orang lain.

Saya akan berkongsi secara ringkas mengenai pencapaian akademik saya. Saya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian) dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Dari situ saya banyak belajar dan explore dunia IT yang sememangnya sangat luas untuk diterokai. Dari situ datangnya kemahiran saya dalam bidang Teknologi Maklumat (IT).

Ilmu yang saya perolehi semasa belajar maka saya dapat membangunkan sebuah sistem atau perisian berdasarkan ‘requirement’ dari pengguna. Kepakaran utama saya adalah membangunkan sebuah website seperti yang dimahukan oleh pelanggan.

Saya suka menulis jika mempunyai masa yang terluang. Saya telah mengenali dunia Blogging dan Internet Marketing sejak dari tahun 2010 lagi. Bermula dari tahun pertama pengajian saya di universiti. Dari situ saya belajar sendiri bagaimana untuk membangunkan blog dot com saya sendiri ini.

Saya bukan pakar penulisan tapi saya akan menulis artikel jika ada idea-idea yang saya ingin kongsikan kepada pembaca. Blog ini adalah ruang terbaik untuk saya kongsikan apa saja topik ilmu yang saya minat terutamanya dalam bidang perniagaan, Internet Marketing, website, motivasi, kehidupan, dan banyak lagi.

Jika ada sebarang kekurangan sepanjang penulisan saya dalam blog ini, itu adalah perkara biasa kerana saya adalah seorang manusia biasa yang tidak sempurna. Diharapkan segala perkongsian yang saya tulis dalam blog ini akan dapat memberikan manfaat kepada semua pembaca. InsyaAllah.

Saya juga aktif di laman sosial seperti Facebook dan juga Twitter. Jika sudi, anda boleh add friend dan follow saya di sana. Kita boleh berkenalan dan bertegur sapa dengan lebih lanjut di sana. Hanya setatakat itu sahaja dahulu pengenalan tentang diri saya. Dengan rasa rendah diri saya ucapkan Salam Perkenalan!