Teknik Close Sale Whatsapp Bagi Mendorong Pelanggan Membuat Bayaran Dengan Segera

Teknik Close Sale Whatsapp Bagi Mendorong Pelanggan Membuat Bayaran Dengan SegeraTeknik yang akan saya kongsikan ini hanya asas dan mungkin sudah ramai yang tahu dan biasa buat. Jika dah tahu anggaplah ia sebagai ulangkaji untuk memantapkan lagi ilmu berkaitan CLOSE SALE yang kita lakukan melalui WHATSAPP. Moga apa yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada semua pembaca.

Artikel ini ditulis pada bulan puasa dan apa yang dikongsikan dalam artikel ini berkait rapat dengan situasi semasa iaitu kesibukan penghantaran oleh pihak pos laju menjelang hari raya.

Kalau boleh kita tidak mahu pelanggan bertangguh lama-lama untuk buat bayaran selepas kita bagi semua details produk dan maklumat pembayaran.

Jadi bagi memastikan supaya pelanggan tidak bertangguh membuat bayaran, timbulkan rasa ‘URGENCY’ untuk mendorong pelanggan buat bayaran dengan segera kerana takut barang tak sempat sampai sebelum raya.

Pelanggan sudah tentu tidak mahu barang lambat sampai atau paling sedih barang tidak sampai sebelum hari raya. Mereka pasti akan kecewa sangat jika tak dapat nak beraya dengan barang yang baru dibeli.

Jadi point utamanya adalah berkenaan dengan penghantaran pihak Pos Laju atau servis penghantaran lain yang anda gunakan.

1) Pada minggu depan pos laju akan mula sibuk kerana banyak penghantaran barang dibuat sebelum hari raya.

2) Hanya ada 2 minggu terakhir pengeposan barang sebelum hari raya untuk memastikan barang yang di order sempat diterima dengan selamat sebelum raya

Contoh skrip:

“Bos kena bank in cepat sebab minggu depan pos laju dah mula buzy. Maklum la dekat2 nak raya ni ramai orang pos barang. Takut barang yang bos order tak sempat sampai sebelum raya.”

< Edit ayat mengikut kreativiti gaya penulisan anda melalui whatsapp >

Saya tak jamin skrip ni berkesan 100% kepada semua orang yang guna. Tapi anda boleh ubah mengikut kreativiti masing-masing. Saya dah cuba dan pelanggan dengan segera buat bayaran ke akaun saya sebab mereka dah berminat nak beli produk. Tinggal kita push sikit je guna point yang saya bagi kat atas tu.

Jika kita biarkan mereka tangguh lama-lama nanti mereka akan lupa, keinginan untuk beli makin kurang dan mungkin dah terguna duit untuk komitmen lain. Sebab tu kita kena follow up mereka supaya mereka sentiasa ingat dan buat bayaran dengan segera.

Apa yang saya kongsikan ini adalah salah satu teknik Close Sale Whatsapp untuk mendorong pelanggan supaya membuat bayaran dengan kadar segera. Anda boleh cuba buat. Selamat berjaya! 🙂

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

One comment on “Teknik Close Sale Whatsapp Bagi Mendorong Pelanggan Membuat Bayaran Dengan Segera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *