Teknik Berkesan Untuk Tingkatkan Jualan Dengan Cepat

teknik-berkesan-untuk-tingkatkan-jualan-dengan-mudahDalam pemasaran online hari ini, ada banyak teknik atau cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan sales/jualan produk yang kita jual. Teknik jualan yang akan saya kongsikan dalam artikel ni adalah bagi membantu meningkatkan lagi jualan produk kita dengan cepat. Moga ada manfaat yang boleh kita dapat. InsyaAllah.

Saya nak tanya anda sikit boleh ya. Sebagai seorang peniaga online, anda nak jual satu unit produk sahaja atau dua unit produk kepada seorang pelanggan?

Saya yakin jawapan anda adalah nak jual dua unit produk. Sudah tentu kita mahu jual lebih banyak produk kepada seorang pelanggan. Barulah jumlah jualan produk dalam bisnes kita akan lebih meningkat. Dalam masa yang sama untung jualan juga akan dapat lebih berbanding jual satu produk sahaja kepada seorang pelanggan.

Teknik Yang Mesti Dilakukan Adalah UPSELL! 

[emaillocker]Ya ia patut dilakukan jika kita mahu tingkatkan jualan produk dengan lebih cepat. Biasanya saya akan cuba buat teknik upsell ni bila dah berjaya close sales pelanggan melalui whatsapp. Maksudnya saya dah berjaya jual satu unit produk tapi saya mahu pelanggan beli lebih dari satu unit produk.

Contoh skrip mudah yang biasa saya gunakan adalah:

– –

Pelanggan: Assalamualaikum. Produk A ada stok lagi. Harga berapa ya?
Penjual: Wasalam. Ya buat masa ni stok produk A ada lagi. Harga 1 unit RM30 sahaja. Postage RM7. Bos nak pos ke mana ya?

Pelanggan: Kedah. Ok boleh lah. Minta no akaun
Penjual: Jika bos ambil 2 unit saya akan bagi free pos.

Pelanggan: So jadi RM60? Betoi kan?
Penjual: Ya betul tu.

Pelanggan: Then okay. Deal.
Penjual: Jika berminat boleh buat pembayaran RM60 ke akaun bank…..

– –

Kat atas tu adalah contoh skrip ringkas perbualan antara saya dengan salah seorang pelanggan. Perbualan tu panjang lagi tapi saya cuba ringkaskan. Anda boleh nampak apa yang saya buat?

Seorang pelanggan ni dia dah confirm nak beli produk A yang saya jual. Jadi saya cepat-cepat offer kat dia supaya dia beli produk A lebih dari satu unit. Jika dia beli dua unit saya akan bagi dia free pos. Bila saya bagi free pos, dia nampak yang dia berjaya jimat sebanyak RM14 untuk kos pos laju. Sebab tu dia rasa rugi jika tak grab offer yang saya bagi tu.

Tapi sebelum nak bagi apa-apa offer, kita kena pastikan yang kita sebagai penjual masih lagi untung. Tak kisah nak bagi free gift ke, bagi diskaun ke, yang penting untung kita akan bertambah jika customer beli lebih dari satu unit. Stok barang kita pun akan cepat habis terjual jika buat teknik jualan macam ni. Bila stok cepat habis makin lebih cepat untuk kita pusing modal dan tambah stok baru.

Jika seorang dua memang nampak sikit. Tapi jika kita dah berjaya buat berulang-ulang kali kepada ramai pelanggan barulah kita akan nampak kesan dia memang dapat tingkatkan jualan dengan mudah dan cepat.

Gunakan Cara Yang Sama Tapi Kali Ni CROSS SELL!

Cross Sell ni lebih kurang macam ni. Katakan kita jual produk A. Kita mahu pelanggan beli juga produk B. Kita mahu pelanggan beli dua produk kita yang berbeza.

Contohnya pelanggan dah confirm nak beli baju dengan kita. Kita cuba bagi offer kepada pelanggan tersebut supaya dapatkan beg sekali. Kita akan bagi free postage jika dia beli baju dengan beg sekali. Contoh lain jika kita jual jubah, kita boleh offer pelanggan beli tudung sekali untuk dapat dapat free postage atau dapat harga diskaun lebih murah.

Pelanggan akan grab offer tu jika dia nampak offer yang kita bagi tu akan menguntungkan dia. Kita sebagai penjual pun akan dapat lebih untung jika pelanggan beli lebih dari satu unit produk dengan kita. Dua-dua pihak akan untung. Ia adalah win-win situation.

Jadi sebagai peniaga online, apa yang saya kongsikan tadi adalah beberapa teknik jualan yang boleh kita lakukan jika mahu tingkatkan jualan dengan mudah. Matlamat utama kita adalah memastikan seorang pelanggan mesti beli lebih dari satu unit produk dengan kita. Barulah jumlah jualan produk kita akan bergerak dengan lebih laju.

Secara ringkas apa yang saya kongsikan adalah:

  1. UPSELL: Kita jual satu produk dulu kepada pelanggan. Bila mereka dah setuju nak beli, kita buat upsell supaya mereka beli dua unit produk dan ke atas. Contohnya pelanggan dah confirm nak beli satu unit produk A. Kita bagi tawaran kepada dia beli dua unit produk A. Kita bagi tawaran yang sukar ditolak seperti free postage jika dia beli dua unit dan ke atas. InsyaAllah jika tawaran yang kita bagi tu berbaloi, mereka takkan tolak.
  2. CROSS SELL: Bila dah berjaya close sale produk, kita akan cuba jual produk lain yang berbeza. Contohnya pelanggan dah confirm nak beli produk A. Jadi kita bagi offer kat dia supaya beli produk A + Produk B. Jika mereka beli dua produk tersebut, kita akan bagi free postage, free gift, harga diskaun dan sebagainya. Pelanggan tak akan menolak jika offer tersebut berbaloi kepada mereka.  [/emaillocker]

Semoga perkongsikan saya kali ini bermanfaat untuk anda. Tak dapat banyak, sikit pun jadilah. Anda boleh cuba buat teknik-teknik jualan yang saya kongsikan ni dalam usaha untuk meningkatkan lagi jualan produk anda dengan lebih mudah dan cepat. Cuba dulu baru tahu hasilnya. Mesti meletup-letup jualan produk anda nanti! InsyaAllah. 🙂

Saya ucapkan selamat maju jaya dalam bisnes yang sedang anda lakukan sekarang. Semoga makin bertambah rezeki anda. Aminn..

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, anda boleh klik butang share dibawah untuk kongsikan kepada rakan-rakan anda juga. 🙂

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *