Sudah Tiba Masa Untuk Ucap Selamat Tinggal Kepada Celcom?

Sudah-Tiba-Masa-Untuk-Ucap-Selamat-Tinggal-Kepada-CelcomSaya merupakan pelanggan setia Celcom Broadband sejak dari tahun 2010. Sudah hampir 5 tahun menjadi pelanggan setia celcom. Walaupun kadang-kadang talian internet macam siput babi, talian internet kena block sebab lambat bayar dan tetap kena bayar penuh walaupun tak dapat guna internet selama 2 bulan sebab kena block. Namun saya masih tetap setia guna celcom.

Saya menggunakan celcom broadband pakej student RM50 sebulan untuk 5GB. Sudah 5 tahun guna pakej broadband tu. Baru-baru ni saya nak bayar bil internet macam biasa sebanyak RM50 di kaunter celcom tapi terkejut bila diberitahu jumlah bil bulan lepas adalah RM70 lebih.

Saya tanya la akak celcom yang jaga kaunter tu kenapa saya kena caj sampai RM70? Sepatutnya hanya RM50 saja untuk pakej student. Memang sebelum ni saya hanya bayar cukup-cukup RM50 / RM49 / RM51 lebih kurang.

Dah tu bila kena bayar sampai RM70 memang terkejut lah. Akak kaunter tu jawab tu caj untuk tambah data.. Aik bila masa pulak saya tambah data? Dia cakap dia tak dapat nak bagitahu details. Dia suruh call celcom center kalau nak tahu lebih details. Amboi senang nye kerja dia suruh customer sendiri yang call. Kalau call free tak apa la juga. Ni kena caj kredit pulak kalau call celcom center.

Saya pun balik rumah dalam keadaan tak puas hati dan masih berlegar-legar dalam fikiran tentang situasi tadi. Saya pun buka laptop dan login akaun customer celcom untuk hantar online customer support. Jangan harap la nak call buat habis kredit je. Sebelum ni pun pernah ada problem lain lepas tu saya call celcom center tapi staff yang jawab tu orang india. Tanya dia problem semua tapi tak dapat nak setel jugak masa call tu. Kredit habis tapi problem tak dapat selesai pun.

Melalui online customer support, saya hantar pertanyaan tentang masalah yang saya hadapi. Berikut adalah perbualan kami:

SAYA: “Assalamualaikum. Saya nak tanya ni. Saya langgan pakej broadband student RM50 sebulan untuk 5GB. Tapi kenapa saya tengok dalam Current Charges Incl Tax sampai caj RM 72.10 ? Sepatutnya hanya RM50 saja seperti yang saya biasa kena caj sebelum ini. Mohon penjelasan dari pihak tuan kerana saya perlu tahu kenapa saya kena caj sampai harga RM 72.10.“

CELCOM: “cust complaint plan under Celcom First Data Basic (Data Only – Youth Package) – RM50, every month charged RM50 but on Apr 24, 2015 been charged for Nilai Pakej RM68.00 plus 6%tax total RMMYR72.10. inf cust 3-7wkd. kindly assist. tq”

SAYA: “Above are the answer from your customer support. But can i know WHY WHY WHY you change my package from (youth package) to (Nilai package) ? If you cannot give a reasonable answer, i will terminate my celcom broadband package as soon as possible.“

Sorry lah oh my english tunggang langgang..haha

Bila saya post tentang perbualan tersebut di facebook saya, ada rakan facebook saya bagitahu yang pakej broadband student tu akan tamat selepas umur kita 25 tahun. Baru saya tahu macam tu. Ok saja saya boleh terima kalau dah syarat macam tu.

Tapi kenapa tak ada sebarang notis terkini dalam bentuk email atau SMS tentang pertukaran pakej tersebut. Sekurang-kurangnya bila dapat notis terkini saya dapat bersedia dengan pertukaran pakej tersebut. Ni tiba-tiba saja kena bayar mahal memang terkejut la. (hari-hari celcom dok hantar SMS iklan boleh, nak hantar 1 notis SMS peringatan kepada customer yang setia pon tak boleh?)

Kalau betul pun ada dalam perjanjian/kontrak yang mereka boleh tukar secara automatik pakej student ni selepas 5 tahun, customer mana yang boleh ingat selepas 5 tahun berlalu? Lama tu 5 tahun kot. Bukannya 5 hari yang customer boleh ingat syarat-syarat tertentu. At least kena bagitahu notis terbaru melalui email/sms sebelum tamat kontrak lama tersebut. Customer pon takdelah kelam kabut dan pening kepala nak fikirkan pasal ni.

Tujuan saya tulis artikel ni adalah bukan untuk mempengaruhi anda supaya berhenti dari guna celcom. Anda boleh terus menggunakan celcom. Setakat ni saya pun masih lagi guna celcom. Cuma saya sekarang dalam proses survey company telco lain yang mungkin lebih baik.

Cuba lihat tajuk artikel saya tu kan dalam bentuk ‘pertanyaan’. Saya sedang tanya diri saya sendiri. Hari ini masih lagi bersama dengan celcom. Esok lusa kita tak tahu kan.

Apa pun celcom telah banyak berjasa kepada saya. Terima kasih celcom kerana andalah saya telah kenal dunia internet hari ini.

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

2 comments on “Sudah Tiba Masa Untuk Ucap Selamat Tinggal Kepada Celcom?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *