Sentiasa Cari Jalan Untuk Majukan Perniagaan

business man balancing on a ropeDalam diri seorang usahawan, kita perlu sentiasa tanamkan keinginan untuk lebih berjaya lagi pada masa hadapan. Kita perlu sentiasa mencari jalan untuk memajukan lagi perniagaan kita pada masa-masa yang akan datang. Takkan la perniagaan kita hendak berada di takuk yang lama untuk 5 atau 10 tahun yang akan datang. Sudah tentulah kita mahu menjadikan perniagaan kita lebih maju lagi.

Dalam perniagaan, kita perlu lakukan beberapa kelainan berbanding dengan pesaing kita. Cipta satu kelainan dalam jenama atau produk kita yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain. Jika kita mampu untuk melakukan kelainan sudah tentu kita akan dapat memenangi persaingan dengan pesaing kita. Pembeli juga akan lebih berminat untuk memiliki produk kita jika produk kita adalah lain dari yang lain.

Bagi respon yang cepat apabila pelanggan menghubungi kita bertanyakan tentang produk kita. Kita akan lebih mudah dipercayai jika kita cepat memberi maklum balas kepada mereka.

Untuk lebih memajukan diri dalam bidang perniagaan, kita perlu lebih banyak belajar perkara-perkara baru. Tidak kiralah kita belajar dari buku, majalah, artikel, forum dan banyak lagi sumber untuk menambahkan ilmu pengetahuan kita dalam bidang perniagaan.

Kita juga boleh belajar dan menuntut ilmu dari orang-orang yang terlebih dulu berjaya dalam bidang perniagaan ini. Ilmu dari mereka-mereka yang telah berjaya adalah sangat berharga kerana mereka lebih mengetahui asam garam dalam perniagaan ini berdasarkan pengalaman yang mereka perolehi semasa membangunkan perniagaan mereka.

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *