Sentiasa Bersikap Suka Membantu

Membantu PelangganSalah satu prinsip penting perniagaan ialah khidmat sokongan yang kita berikan kepada pelanggan kita. Walaupun banyak jualan yang kita boleh lakukan, tetapi sebenarnya selepas proses jualanlah yang akan benar-benar menguji kita sebagai seorang usahawan sebenar. Iaitu kita perlu sentiasa membantu pelanggan kita selepas mereka membeli produk kita.

Kita perlulah menyediakan satu saluran untuk mereka bertanyakan soalan mengenai produk yang telah mereka beli dari kita. Pastikan talian sokongan sentiasa terbuka kepada kita dengan membenarkan mereka menghubungi kita melalui telefon ataupun melalui email.

Pastikan kita dapat menjawab email-email dari mereka secepat yang mungkin iaitu dalam tempoh 24 jam, yang mana ianya menjadi satu kewajipan bagi seorang usahawan memberi respond dan maklum balas yang cepat kepada pelanggan mereka.

Bahasa yang kita gunakan semasa berkomunikasi perlu baik dan mudah difahami oleh pelanggan kita. Nyatakan semua maklumat yang ditanya dan jangan sembunyikan apa-apa dari mereka. Ini sebenarnya menunjukkan bagaimana sikap jujur kita di dalam perniagaan.

Apabila kita mampu membantu pelanggan menggunakan produk yang dibeli dari kita, itulah sebenarnya sikap yang wajib ada bagi seorang usahawan yang sentiasa bersikap membantu pelanggan mereka jika mereka memerlukan pertolongan dari kita.

Bukannya bersikap berdiam diri selepas pelanggan membeli produk dari kita. Itu sikap orang yang pentingkan diri sendiri namanya. Kita perlu menjauhi sikap tersebut. Kita perlu bersedia untuk sentiasa membantu pelanggan kita supaya mereka akan lebih yakin dengan perniagaan yang kita jalankan.

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *