Sebab Utama Mengapa Saya Menyokong Pasukan Jerman

Saya Menyokong Pasukan JermanDemam bolasepak EURO 2016 sudah bermula bagi semua peminat bolasepak seluruh dunia. (Saya salah seorang darinya). Walaupun ia berlangsung pada bulan Ramadhan, kita jangan sampai terlalai hingga mengabaikan bulan Ramadhan tahun ini. Tahun 2014 yang lepas pun berlansung Piala Dunia pada bulan Ramadhan juga.

Tengok bola tak salah. Yang salahnya bila orang yang tengok bola sampai pukul 3 4 pagi lepas tu tidur balik sampai tertinggal solat subuh. Contoh lain sama je macam facebook. Main facebook tak salah. Yang salahnya bila orang yang khusyuk sangat main facebook sampai tak sedar terlepas waktu solat.

Ia bergantung kepada seseorang individu bagaimana dia urus masa. Bola hanya sampingan. Ibadah perlu lebih diutamakan. Terutamanya pada bulan Ramadhan ni. Jadi kita kena pandai urus masa untuk minat dan juga ibadat. Jangan sampai terlalai.

Kalau berjaga malam tengok bola tu jangan sampai bola yang tengok kita. Hohoho! (Tertidur depan TV)

Ok berbalik kepada tajuk di atas. Dalam sukan bolasepak saya sangat meminati dan menyokong pasukan bolasepak negara JERMAN. Bukan disebabkan oleh mereka telah jadi juara pada Piala Dunia 2014 yang lepas. Tapi saya telah menyokong pasukan Jerman telah lama hampir 10 tahun yang lepas.

Saya pernah rasa frust juga sebab kekalahan demi kekalahan pasukan Jerman dalam edisi Piala Euro dan Piala Dunia yang lepas-lepas.

Ada beberapa sebab mengapa saya minat dan menyokong pasukan Jerman.

Jerman Negara Yang Kaya Dengan Sejarah

Saya suka baca cerita sejarah. Terutamanya sejarah perang-perang yang berlaku pada zaman dahulu. Jika dilihat pada sejarah, Jerman adalah salah satu kuasa besar dunia suatu masa dahulu. Ketika Perang Dunia Pertama dan Kedua, mereka adalah watak penting dalam perang-perang itu dulu.

Jika tidak kerana kekalahan, mungkin pada hari ini mereka adalah kuasa besar dunia mengatasi USA dan Britain. Bahasa antarabangsa hari ini pun mungkin bahasa Jerman. Tapi realitinya mereka telah kalah perang.

Banyak yang kita boleh belajar dari sejarah. Memang seronok dan menarik untuk kita tahu. Bila baca sejarah negara Jerman, saya jadi minat dengan negara mereka. Dan dari situlah saya jadi minat pasukan bolasepak Jerman.

Tidak Pernah Putus Asa, Terus Berusaha

Pada tahun 2014 yang lalu, negara Jerman telah menjadi juara Piala Dunia. Tapi untuk mencapai kejayaan tersebut ia tidak datang dalam sekelip mata. Skuad juara itu telah dibentuk hampir 10 tahun yang lalu.

Saya mula minat bola pada zaman remaja dulu. Saya ingat lagi pada Piala Dunia 2006, Jerman dikalahkan oleh Itali. Kemudian pada EURO 2008 pula terpaksa kalah kepada Sepanyol pada Final (yang ni paling frust sebab kalah final). Pada Piala Dunia 2010 mereka sangat kuat tapi dikalahkan oleh Sepanyol. Pada EURO 2012 pun mereka adalah calon pilihan juara tapi akhirnya disingkirkan oleh Itali.

Cuba lihat begitu banyak kekalahan demi kekalahan? Bukan kekalahan biasa tapi kekalahan tipis diseparuh akhir atau akhir.

Pada Piala Dunia 2014 barulah mereka akhirnya berjaya muncul sebagai Juara Dunia. Kiranya mereka ni team yang penuh inspirasi untuk berjaya tidak datang dengan mudah.

Pasukan Jerman Ramai Pemain Berbakat & Berkualiti

Apa yang menariknya tentang pasukan Jerman ini adalah mereka sentiasa melahirkan ramai pemain-pemain muda berbakat setiap tahun. Mungkin disebabkan oleh Liga mereka yang mampu melahirkan ramai pemain muda berbakat dan berkualiti.

Pemain-pemain berusia juga perlu kerana pengalaman yang mereka ada. Tapi pemain-pemain muda adalah aset penting untuk masa depan. Kiranya seronok melihat ramai pemain-pemain yang muda main laju dan sentiasa bertenaga sepanjang perlawanan.

Pemain-pemain Jerman juga ramai yang bertaraf bintang bolasepak dunia seperti Thomas Muller, Mesut Ozil, Manuel Neuer dan ramai lagi. Tapi mereka jarang mendapat pengiktirafan tinggi sebagai pemain terbaik dunia.

Pemain-pemain terbaik dunia seperti Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi yang selalu menang anugerah pemain terbaik dunia.

Bagi saya kemenangan berpasukan adalah lebih penting dari kemenangan secara individu.

 

Jadi harapan besar untuk saya supaya dapat melihat pasukan Jerman menjadi juara EURO 2016 ini. Saya akan terus menyokong tidak kira menang atau kalah. Tapi kalau boleh nak tengok yang menang lah kan. Haha

Impian saya juga moga satu hari nanti saya akan dapat pergi bercuti berkunjung ke negara Jerman untuk melihat sendiri kecantikan dan kemajuan negara mereka. Nak pergi stadium mereka tengok bola secara live di sana. Fuh mesti best sangat! Moga jadi kenyataan. InsyaAllah 🙂

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *