Review Buku: Chicken Soup for the Soul

Review Buku Chicken Soup for the SoulHari ini saya nak buat sedikit review ringkas tentang buku yang saya berjaya baca sehingga habis. Salah satu buku yang saya berjaya habiskan baru-baru ni adalah buku yang bertajuk Chicken Soup for the Soul – Berfikir Positif. Buku ini adalah buku yang diterjemah dari buku asal yang berbahasa inggeris.

Jika buku ini dalam edisi bahasa inggeris saya mungkin tak baca. Disebabkan ia dalam bahasa melayu baru saya berminat nak baca. Sebabnya ada bermacam-macam cerita didalam buku ini yang perlu difahami dengan sebaiknya. Kalau baca dalam bahasa inggeris mungkin ada yang saya tak faham.

Buku ini adalah buku yang lebih kepada penceritaan. Ia menggabungkan 101 cerita sebenar yang memberikan inspirasi dan pengajaran kepada pembaca. Ia ditulis dari pengalaman sebenar penulis-penulis yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Cerita didalam buku ini lebih kepada mereka yang dari negara United States.

Tapi dalam buku ini tidaklah terlalu menceritakan budaya hidup mereka. Ia menceritakan tentang kehidupan biasa bagi seorang manusia yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira dimana pun kita berada.

Ada masa gembira, susah, sedih, cabaran, gagal, berjaya dan bermacam-macam lagi. Ia seolah-olah diri kita sendiri dapat merasainya seperti sedang berlaku dalam kehidupan disekeliling kita.

Banyak cerita-cerita yang memberikan motivasi kepada pembaca. Ia memberikan kita semangat untuk terus berusaha. Biarpun pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi, hidup perlu diteruskan. Jika berputus asa, ianya hanya merugikan diri kita sendiri.

Ada ramai lagi mereka yang hidupnya lebih susah berbanding diri kita. Ia menjadikan diri kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Kita perlu hargai apa yang kita ada. Kita perlu hargai kesihatan kita, keluarga kita, sahabat kita, pekerjaan kita, dan banyak lagi perkara yang perlu kita hargainya.

Ada diantara kita yang mungkin mengalami permasalahan hidup yang sama. Tapi apa yang membezakan adalah bagaimana kita menghadapi masalah tersebut. Cara kita menangani setiap masalah adalah berbeza dengan orang lain. Ada masa kita boleh selesaikan masalah secara sendirian tapi ada masa kita perlukan pertolongan dari orang lain.

Kita perlukan inspirasi untuk lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Dengan membaca buku adalah salah satu cara untuk kita jadi lebih bersemangat. Tidak kira apa sahaja buku yang kita minat, asalkan ia dapat memberi manfaat kepada diri kita.

Sebenarnya buku ini dah dibeli dari tahun 2012 lagi. Sudah lama berhabuk. Baru tahun ni saya sempat habiskan bacaan. Syukur kerana berjaya juga baca sehingga habis akhirnya. Jika ada kesempatan saya akan kongsikan lagi review buku-buku lain yang saya baca untuk perkongsian bersama. InsyaAllah. 🙂

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *