Pilih Niche Yang Sesuai

pilih niche yang sesuaiSebagai seorang usahawan, kita perlu mempunyai niche kita sendiri dalam perniagaan. Niche adalah pengkhususan produk di dalam sesuatu industri. Produk manakah yang kita ingin kuasai. Contohnya produk kesihatan, produk kekeluargaan, produk sukan atau produk pelancongan. Dan terdapat banyak lagi niche-niche lain yang kita boleh pilih sendiri mengikut minat kita.

Pilihlah salah satu niche yang kita minat dan cuba kuasainya sebagai niche utama perniagaan kita itu. Tentukan niche yang sesuai dengan minat kita sendiri.

Kita perlu bijak mencari niche yang mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran. Jika kita memilih niche yang mendapat permintaan tinggi, sudah tentu kita akan memperolehi untung yang lumayan dalam perniagaan kita itu. Tapi kita juga akan bersaing dengan orang lain yang juga berminat untuk memasuki niche yang mempunyai permintaan yang tinggi.

Jadi kita perlu bijak untung bersaing dalam niche perniagaan yang kita jalankan. Jangan takut untuk bersaing kerana persaingan itu adalah lumrah dalam sebuah perniagaan.

Kita juga perlu mengelak dari terikut-ikut dengan apa yang orang lain lakukan. Contohnya ramai orang yang suka memasuki niche buat duit maka kita pun nak masuk niche tu juga sebab kita ikut orang lain. Tak salah nak masuk niche buat duit juga tapi anda perlu ingat persaingan juga tinggi.

Kita boleh cuba masuk niche lain contohnya niche kesihatan atau niche pendidikan yang juga sangat lumayan. Tapi ianya terpulang kepada minat kita. Cari yang mudah dan berkemampuan dengan diri kita. Setiap orang adalah berbeza.

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *