Persediaan Sebelum Menghadiri Temuduga

Persediaan-Lengkap-Menghadapi-Temuduga Anda telah berjaya dipanggil untuk ditemuduga? Jika ya, maka tahniah saya ucapkan. Membuat persediaan sebelum menghadiri temuduga adalah perkara yang sangat penting dalam menentukan kejayaan seseorang mendapat pekerjaan yang mereka idamkan. Anda seharusnya bersedia dari segi mental dan fizikal serta emosi supaya berada dalam keadaan yang baik.

Rasa takut dan gementar adalah perasaan normal yang akan berlaku kepada sesiapa sahaja. Tambahan pula jika dia adalah calon yang baru pertama kali menghadiri temuduga dalam hidupnya.

Apabila menerima email atau surat jemputan untuk temuduga, ianya adalah satu perkara yang sangat menyeronokkan. Ini kerana kita sudah pun melepasi syarat pertama iaitu resume kerja yang berjaya memikat bakal majikan.

Proses seterusnya yang paling penting adalah menghadiri temuduga. Dalam temuduga inilah anda dan juga calon-calon lain akan dinilai oleh bakal majikan. Dan mereka hanya akan memilih calon yang terbaik yang benar-benar layak untuk menjawat jawatan kosong dalam syarikat mereka.

Anda perlu tanamkan dalam minda yang anda adalah calon yang paling layak untuk jawatan tersebut. Ini bertujuan untuk menambah keyakinan diri anda. Anda perlu membuat persediaan temuduga dengan sebaiknya untuk memastikan anda adalah calon yang paling layak. Apabila tamat temuduga nanti pihak majikan akan merasa kerugian sekiranya tidak mengambil anda bekerja dengan mereka.

Berikut adalah beberapa tip mudah yang boleh anda jadikan sebagai panduan sebelum menghadapi temuduga.

1 – Buatlah sedikit sebanyak pembacaan dan kajian tentang Syarikat/Jabatan/Organisasi yang akan menemuduga anda. Hal-hal berkaitan dengan peranannya, operasinya dan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkembangannya.

2 – Setiap calon mestilah tahu sedikit sebanyak tentang jawatan yang mereka mohon. Apakah peranan, tanggungjawab serta tugas yang akan dilakukan dalam jawatan tersebut.

3 – Pastikan anda ingat tarikh, masa dan lokasi temuduga yang akan dijalankan. Berapa lama masa perjalanan ke lokasi temuduga dari tempat anda. Anda mesti merancang lebih awal supaya anda dapat menghadirkan diri di lokasi temuduga itu mengikut masa yang telah dijanjikan.

4 – Cubalah untuk sampai 10-15 minit lebih awal supaya anda mempunyai masa yang cukup untuk berehat, tenangkan fikiran dan fokus. Tapi elakkan sampai terlalu awal sangat kerana jika terlalu lama menunggu boleh menyebabkan anda merasa cemas pula.

5 – Pastikan anda membawa semua dokumen-dokumen yang penting seperti sijil-sijil akademik, salinan kad pengenalan, salinan resume serta dokumen-dokumen lain yang wajib dibawa semasa temuduga (bawalah dua keping gambar berukuran pasport sebagai persediaan).

6 – Satu perkara yang amat penting ialah cara pemakaian anda. Pakaian anda akan menggambarkan personaliti anda semasa temuduga . Anda wajib memakai pakaian yang kemas dan bersih. Bagi calon lelaki pakailah baju kemeja lengan panjang, seluar slack dan bertali leher. Bagi calon wanita pula, pakailah pakaian yang paling sopan dan jangan terlalu banyak berhias.

7 – Pastikan diri anda nampak terurus dan sentiasa kemas. Pendekkan kuku dan rambut mestilah tidak terlalu panjang bagi lelaki. Rapikan janggut dan misai supaya nampak lebih kemas dan terurus.

8 – Banyakkan berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan segala urusan. Dia yang akan memberikan rezeki kepada hambanya. Mohon doa dari ibu dan ayah supaya mereka sentiasa mendoakan anaknya mencapai kejayaan dalam menghadapi temuduga nanti.

Itulah sebahagian dari asas persediaan menghadapi temuduga yang perlu anda buat. Adalah sangat penting untuk anda membuat persediaan supaya anda akan bertambah yakin dan tenang dalam sesi temuduga nanti.

Tidak kira apa pun jenis temuduga yang bakal anda hadapi, lakukan persediaan yang sebaik mungkin supaya anda boleh menampilkan kehebatan diri anda untuk merebut jawatan yang ditawarkan.

Anda berminat nak tahu RAHSIA BIJAK MENGHADAPI TEMUDUGA?

Dapatkan Persediaan Lengkap Menghadapi Temuduga dengan klik saja gambar dibawah ini. Anda akan dapat ilmu yang lebih lengkap untuk membantu diri anda menjadi calon yang terbaik semasa menghadapi temuduga nanti.RAHSIA-BIIJAK-MENGHADAPI-TEMUDUGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *