Perniagaan Internet : Produk Dan Perkhidmatan

Perniagaan Internet - Produk Dan PerkhidmatanSebelum kita memutuskan untuk menceburi perniagaan internet, kita haruslah bersedia dengan produk atau perkhidmatan yang ingin dijual kepada pelanggan. Kita boleh memilih untuk menjual produk fizikal, produk digital atau mempromosikan servis/perkhidmatan kepada pelanggan.

Produk Fizikal – Produk seperti buku, pakaian, makanan, aksesori, penggera keselamatan, peta, jam antik dan sebagainya. Namun tidak semua produk fizikal sesuai dijual melalui internet seperti ikan masin, makanan yang berbau atau cepat rosak kerana dikhuatiri barangan ini akan rosak ketika proses penghantaran dilakukan.

Produk Digital – Produk seperti ebook, audio, video, grafik ataupun perisian komputer dan sebagainya. Kebanyakan peniaga internet memilih produk digital kerana kos penghantarannya yang sangat minimum atau langsung tiada. Contohnya, pembeli hanya perlu memuat turun ebook yang dibeli, dan penjual tidak perlu membayar yuran pos untuk penghantaran.

Perkhidmatan – Peniaga mempromosikan perkhidmatan kepakaran yang mereka kepada orang ramai supaya mereka akan menggunakan perkhidmatan tersebut. Dengan itu, peniaga akan mendapat upah bagi setiap perkhidmatan yang dikenakan. Contoh perkhidmatan adalah merekabentuk laman web, grafik, khidmat kaunseling, melukis, akauntan, fotografi, buat kad bisnes, menggubah bunga, mengandam, jurusolek dan sebagainya.

Tips: Sebagai seorang usahawan, kita digalakkan menjual berdasarkan pengetahuan dan kepakaran yang kita ada. Jika kita pakar dalam bidang fotografi, kita seharusnya menawarkan khidmat fotografi kepada pelanggan. Kemudian kita boleh ubah kepakaran ini kepada produk digital iaitu dengan menulis tentang tips-tips mengambil foto ataupun menjual foto-foto yang telah kita ambil. Pada masa yang sama, kita telah mengaut keuntungan dari 3 perniagaan sekaligus.

Ada satu lagi cara untuk mendapatkan produk untuk dijual ialah dengan mendapatkan produk yang disertakan dengan lesen Master Resell Rights (MRR) atau Private Label Rights (PLR).

MRR – Produk ini boleh dijual semula dengan harga yang kita tetapkan sendiri, tanpa perlu membayar sebarang royalti kepada sesiapa. 100% keuntungan milik kita. Cuma kita tidak dibenarkan mengedit kandungannya.

PLR – Produk ini juga boleh dijual semula cuma bezanya ialah kita boleh mengubah isi kandungan produk ini termasuk meletakkan nama kita sebagai penulisnya/penciptanya.

Walau bagaimanapun, kita harus bijak memilih produk MRR/PLR ini dengan menilai isi kandungannya. Pastikan produk tersebut benar-benar berkualiti dan persaingan pun tidak terlalu besar kerana ramai orang diluar sana turut menjual produk yang sama.

Kelebihan produk MRR/PLR ialah kita tidak perlu pening kepala mencipta produk sendiri. Sesetengah produk didatangkan sekali dengan surat jualan (salesletter), jadi tentu lebih mudah bagi kita membina laman web dan boleh terus jual kepada pelanggan.

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *