Permulaan Dalam Perjalanan

tahun 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

Sudah agak lama juga jari jemari ini tidak menaip di papan kekunci laptop. Ini mungkin artikel pertama saya diblog ini. Tapi sebelum ini saya telah banyak menulis diblog LayarSukses (dot) com. Cuma kali ini platform berbeza sedikit apabila saya menulis diblog yang menggunakan nama sendiri Nik Thoha (dot) com.

Blog ini masih belum lagi siap sepenuhnya. Jika anda terjumpa atau terbaca blog ini dan merasakan ada kekurangan, ini kerana blog ini masih lagi dalam proses pembinaan yang dilakukan oleh saya sendiri.

Ini adalah artikel permulaan saya dalam blog ini. Selepas ini saya akan lebih konsisten untuk menulis dengan lebih kerap dalam blog ini. Perjalanan hidup ini masih lagi panjang untuk diteruskan. Tahun baru 2013 telah pun tiba. Jika berbicara tentang impian, memang banyak impian yang saya ingin lakukan. Namun untuk melaksanakannya tidak semudah yang disangka. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan.

Dalam hidup kita sudah pasti banyak cabaran yang dilalui. Setiap orang sudah pasti berbeza cabarang yang mereka hadapi. Hidup memang tidak semudah yang disangka. Walaupun banyak cabaran, hidup tetap perlu diteruskan. Kesabaran dalam diri adalah sangat penting untuk menjadikan kita terus berada dalam landasan yang betul untuk mencapai impian yang kita mahukan dalam hidup ini.

Jika kita buat baik kepada orang, bukan untuk mengharapkan balasan semula dari manusia. Biarlah Allah sahaja yang membalasnya. Jika manusia lain tidak menghargainya itu terpulanglah kepada mereka. Kita buat perkara yang mendatangkan manfaat kepada diri kita ketika didunia dan untuk hari akhirat.

Kita perlu sedar hidup ini tidak lama. Buatlah perkara baik selagi kita masih mampu melakukannya.

Hanya setakat ini sahaja dulu dari saya. Semoga kita dapat ketemu lagi semula di lain masa. InsyaAllah. 🙂

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *