Pengenalan Kepada Pemasaran Affiliate

Pengenalan Kepada Pemasaran AffiliateMenjana pendapatan melalui pemasaran affiliate adalah perniagaan zaman sekarang. Melalui affiliate, kita boleh menjadi agen kepada beribu-ribu produk. Sesiapa sahaja boleh menjadi seorang pemasar affiliate. Kita tidak perlu keluarkan modal untuk beli barang, kita tidak perlu memakai baju cantik-cantik untuk berjumpa dengan pelanggan, dan kita tidak perlu bermanis lidah.

Pemasaran affiliate adalah peperangan menggunakan minda. Jika kita berani, kita akan berjaya. Jika kita rajin, kita akan berjaya. Dalam pemasaran affiliate, kita perlu ada minda peperangan kerana ia adalah perniagaan dan perniagaan adalah peperangan.

Jika pesaing kita bergerak 1 langkah, kita perlu bergerak 10 langkah. Sejauh mana kuatnya pesaing kita, sejauh mana otainya pesaing kita, jika kita bergerak dengan 10 langkah ke hadapan, kita pasti akan berjaya mengatasi mereka.

Perkara Yang Perlu Ada Untuk Menjana Pendapatan Melalui Affiliate

Walaupun ia nampak mudah, seorang pemasar affiliate perlu periksa sama ada dia memiliki 3 perkara berikut sebelum boleh bermula menjana pendapatan melalui affiliate.

Pertama: Produk Untuk Dipromosikan.

Tiada produk, tiada komisyen. Tiada komisyen, tiadalah wang. Perkara pertama yang perlu kita pertimbangkan selain permintaan adalah produk untuk di promosikan. Apabila ada produk, barulah kita boleh mula merancang kaedah promosi kita. Setiap produk memang ada permintaan, cuma kita perlu promosi pada tempat yang tepat sahaja.

Kedua: Landing Page Atau Squeeze Page.

Sebagai seorang pemasar affiliate yang bijak, kita memang perlukan web static dan autoresponder untuk melakukan promosi. Katakan kita menghabiskan beribu ringgit untuk mempromosi sesuatu produk melalui pengiklanan, lebih elok untuk kita directkan pengiklanan kita ke squeeze page kita berbanding terus kepada laman affiliate.

Melalui tindakan ini, sudah tentu kita tidak perlu menghabiskan beribu-ribu ringgit lagi untuk promosi kerana semua prospek pembeli ada dalam di dalam autoresponder. Jika ada produk yang berkaitan dengan mailing list yang kita telah kumpul, kita boleh terus mempromosinya melalui mailing list.

Ketiga: Pengetahuan Mengenai Produk Yang Ingin Dipromosi.

Ini adalah senjata yang paling kuat sekali dalam promosi. Kita tiada alasan selain menguasai sepenuhnya pengetahuan mengenai produk yang kita ingin promosikan. Jika mampu, kita boleh menghubungi dan bertanya kepada pemilik produk yang kita ingin promosikan. Dapatkan sebanyak mungkin maklumat dari pemilik produk mengenai produk yang dia jual.

Pengetahuan yang tinggi akan meningkatkan kredibiliti di mata pembeli dan seterusnya pembeli akan membeli dari kita kerana mereka yakin dengan cadangan kita untuk membeli produk yang kita telah promosikan.

Sebagai kesimpulan, dengan perkongsian ringkas mengenai pemasaran affiliate ini diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada kita semua untuk menjana pendapatan lumayan melalui pemasaran affiliate. Teruskan berusaha dan selamat berjaya! InsyaAllah. 🙂

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *