Pengalaman Hilang Beg Duit (Bahagian 1)

Pengalaman-Hilang-Beg-Duit-1Anda pernah ada pengalaman kehilangan beg duit atau dompet? Jika ya sudah tentu ianya adalah antara pengalaman yang menakutkan dalam hidup kita. Rasa takut, marah, sedih semua ada.

Jika dalam beg duit tak ada barang-barang penting memang tidak akan rasa apa-apa. Jika didalamnya terdapat barang-barang penting seperti Kad Pengenalan, Lesen Memandu, Kad ATM dan lain-lain. Jika ada duit yang banyak dalam beg duit lagi lah bertambah risau kan.

Bayangkan jika beg duit anda itu dijumpai oleh orang-orang yang berniat jahat sudah tentu anda risau kerana duit yang ada dalam beg duit anda tu pasti lesap dan mereka akan dapat alamat rumah anda melalui IC yang ada dalam beg duit itu. Jika mereka orang baik mereka akan hantar ke balai polis. Dan ia mungkin memakan masa untuk anda mendapat kembali beg duit tersebut.

Saya sendiri pernah mempunyai pengalaman kehilangan beg duit beberapa tahun yang lepas. Iaitu pada zaman saya masih belajar sekitar tahun 2008. Walaupun dah lama berlaku, tapi saya masih lagi ingat kerana ia adalah pengalaman pertama kali dan kali terakhir berlaku sepanjang hidup saya.

Masa tu saya belajar di Kolej Matrikulasi Pahang. Biasalah setiap kali hujung minggu mesti akan keluar outing ke bandar Kuantan. Outing ye bukan dating. Masa tu saya keluar seorang diri sebab ada barang yang hendak dibeli di bandar Kuantan.

Dalam perjalanan pulang naik bas namanya Rahmat Alam kalau tak silap. Bas legend ni untuk budak-budak matrik pahang.

Semuanya nampak berjalan normal seperti biasa. Dah sampai ke kolej terus masuk bilik untuk berehat sebab penat sangat. Tiba-tiba baru tersedar yang beg duit telah hilang. Rasa cemas sangat masa tu sebab duit dan kad atm ada dalam tu. Macam mana nak makan nanti. Tambah pulak IC dan kad pelajar ada dalam tu jugak. Banyak urusan nanti yang perlu guna IC dan kad pelajar.

Try juga cari mana la tahu jatuh di kawasan sekitar tapi tak jumpa. Memang sah hilang semasa balik dalam bas tadi. Kepala rasa kusut tapi lama-lama redha dan tawakal atas apa yang berlaku. Cerita dekat kawan-kawan dan mereka pun tumpang simpati.

Pada waktu malamnya, saya telah dihubungi oleh satu nombor yang tidak dikenali. Gaya bahasa yang dia cakap pun dah tahu bukan rakyat Malaysia. Saya tanya dia orang mana dan dia bagitahu dia adalah orang Indonesia. Dia cakap nama dia UMA. Saya ingat lagi nama dia. (kalau lah saudara uma terbaca artikel saya ni, tolong contact saya semula ya).

Masa tu saya pun pelik dari mana pulak orang indonesia tiba-tiba call nombor saya. Saya tanya dia kat mana dia dapat nombor telefon saya? Dia jawab dia dapat dari beg duit saya yang dia terjumpa didalam bas petang tadi.

Baru lah saya teringat balik beg duit saya. Tercicir dalam bas rupanya. Saya pun tanya dia kat mana dia jumpa nombor telefon dalam beg duit tu? Saya sendiri tak perasan bila pulak saya pernah letak nombor telefon dalam beg duit.

Dia bagitahu ada kad yang ada nombor telefon dan nombor PUK. Baru saya ingat yang saya tak pernah buang kad-kad tu. Saya sentiasa simpan kad nombor PUK dalam beg duit sebab saya rasa ianya penting kot.

Jika sekarang ni ada yang tanya saya apa kegunaan nombor PUK tu saya pun tak pasti. Dah lupa apa kegunaan nombor PUK tu. Haha

Anda rasa saya akan dapat kembali atau tidak beg duit saya dari lelaki Indonesia tu?

Tunggu sambungannya pada bahagian yang kedua nanti. 🙂

UPDATED: Baca sambungan Pengalaman Hilang Beg Duit (Bahagian 2)

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *