Penawar Berkesan Bagi Mengatasi Masalah Sales Yang Slow

Apabila menjalankan bisnes sudah tentu ada turun naiknya. Ada masa sales/jualan laju, dan ada masa sales bisnes kita slow. Kita mahukan jualan produk sentiasa meningkat supaya bisnes kita akan terus maju dan bertahan lebih lama. Ada banyak cara yang boleh kita lakukan untuk memastikan sales bisnes kita sentiasa konsisten mengikut apa yang telah kita target.

Setiap bisnes adalah berbeza cara pengurusannya. Tapi dalam bisnes online, secara asasnya adalah sama untuk semua usahawan. Saya akan kongsikan 5 cara mudah ini untuk membantu mengatasi masalah sales yang slow dalam bisnes kita.

1) Buat Pemasaran Setiap Hari

Jangan berhenti buat pemasaran bisnes. Ini kerana pemasaran adalah nyawa kepada bisnes. Jika berhenti buat pemasaran, bisnes boleh mati. Pemasaran sangat penting bagi memastikan bisnes kita semakin dikenali oleh orang ramai.

Guna sebaik mungkin platform pemasaran yang percuma seperti facebook, instagram dan lain-lain. Pastikan update post gambar produk setiap hari supaya ramai tahu kewujudan bisnes kita. Jika dah yakin, boleh guna pemasaran berbayar seperti facebook ads pula.

2) Gunakan Kuasa Testimoni

Kuasa testimoni sangat hebat. Ia mampu meningkatkan kepercayaan prospek untuk bertukar jadi pembeli. Sebagai permulaan, boleh bagi sample produk percuma untuk dapatkan feedback dari pengguna.

Screenshot/printscreen testimoni dari pengguna yang telah mendapat hasil yang positif setelah mendapatkan produk kita. Dari situ kita kumpul testimoni sedikit demi sedikit untuk meyakinkan lebih ramai prospek supaya membeli produk kita. Sentiasa update testimoni yang ‘fresh’ dan terkini.

3) Lantik/tambah Ejen Jualan

Bagi usahawan yang mempunyai produk sendiri atau seorang pengeluar/pembekal produk, pastikan kita mempunyai ejen/dropship/affiliate untuk mempromosikan produk kita.

Jika hari ini sudah ada 50 orang ejen, cuba tambah lagi jumlah ejen untuk meningkatkan lagi jumlah jualan. Jaga ejen yang ada baik-baik. Bantu mereka dengan memberikan bahan promosi seperti ayat jualan, gambar produk dan sebagainya.

4) Buat Promosi Terhad

Promosi adalah bergantung kepada kreativiti. Jika ada apa-apa hari penting seperti hari perayaan, hari guru, hari pekerja dan lain-lain.

Gunakan hari tersebut untuk membuat promosi istimewa seperti harga diskaun, beli 1 percuma free gift dan sebagainya. Ia untuk meningkatkan keinginan prospek supaya buat tempahan segera kerana pada hari-hari biasa tiada promosi tersebut.

5) Follow Up Customer Lama

Salah satu cara mudah untuk tingkatkan jualan produk adalah dengan melakukan follow up kepada pelanggan sedia ada. Ini kerana mereka yang pernah membeli dengan kita akan lebih mudah untuk kita close sale. Mereka telah pun percaya kepada bisnes kita.

Sebab tu penting untuk kita menyimpan database pelanggan supaya kita dapat sentiasa berhubung dengan mereka dan membuat promosi produk kita yang terkini. Untuk kumpul database pelanggan boleh guna software auto harvest. [ Klik Sini ]

– –

Apa yang saya kongsikan dalam post ini adalah 5 cara mudah yang boleh anda terus buat untuk mengatasi masalah sales yang slow. Ada banyak lagi faktor lain yang mempengaruhi jualan produk anda.

Jika anda lakukan cara-cara di atas, tidak mustahil jumlah jualan produk anda akan lebih meningkat lagi. Ianya bergantung kepada usaha dan rezeki kita. Semoga kita semua akan sentiasa diberikan rezeki yang melimpah dariNya. Aminn.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *