Pembayaran FB Ads Menggunakan Online Banking Malaysia

Pembayaran-FB-Ads-Menggunakan-Online-Banking-MalaysiaPengiklanan menggunakan Facebook Ads sangat popular dikalangan peniaga online hari ini. Dengan adanya Fb Ads kita dapat mempromosikan produk kita kepada sesiapa sahaja yang kita mahu dengan mudah dan cepat. Sudah tentulah kita perlu mengeluarkan sedikit bajet untuk membayar iklan tersebut.

Jika sebelum ni saya pernah menggunakan FB Ads secara personal dan pembayaran biasanya dilakukan menggunakan kad debit Public Bank / kad debit Maybank. Alternatif lain yang ada adalah pembayaran menggunakan paypal.

Baru-baru ni saya telah membuat akaun FB Ads yang baru. Dan saya telah lihat pada bahagian pembayaran ada pilihan pembayaran menggunakan Online Banking Malaysia seperti Maybank2u dan juga Cimbclicks. Wah ini memang terbaiklah tak perlu pening-pening kepala lagi nak guna kad debit. Dulu pernah ada pengalaman banyak kali kad debit tidak diterima dan kad kena banned la dan macam-macam lagi.

Jadi peluang yang ada ni hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin. Ianya sangat menarik dan lebih memudahkan urusan kita sebagai pengguna akaun FB Ads.

Cara membuat pembayaran FB Ads dengan menggunakan Online Banking Malaysia:

Contoh pembayaran yang akan saya tunjukkan ini menggunakan fungsi Boost Post yang ada dibawah setiap post fanpage anda. Klik saja Boost Post untuk mula mengiklan Fb Ads.

1)  Pada bahagian tambah pembayaran, anda perlu pilih cara pembayaran yang anda mahu guna iaitu menggunakan Online Bank Transfer. Disitu anda boleh lihat ada beberapa online banking yang boleh digunakan. Antara yang paling popular adalah Maybank2u dan Cimbclicks.

Bayaran Fb Ads 1

2)  Pilih jumlah wang ataupun bajet yang anda mahu tambah ke dalam akaun Fb Ads anda. Ia bergantung kepada bajet anda mahu letak berapa pun boleh. Dalam contoh ni saya mahu tambah bajet RM10 sebagai bajet permulaan.

Bayaran Fb Ads 2

3)  Seterusnya anda perlu isi beberapa maklumat ringkas seperti maklumat bank mana, email dan no telefon. Contoh saya pilih CIMBClicks sebagai pilihan pembayaran. Selepas siap isi maklumat tadi, klik saja pada butang BUY untuk mula buat pembayaran guna Online Banking yang telah anda pilih.

Bayaran Fb Ads 3

4)  Akhir sekali anda akan dibawa ke halaman Payment Gateway. Klik saja Proceed dan anda akan dibawa ke halaman login Online Banking anda. Dalam contoh ni saya guna CIMBClicks. Selepas login akaun cimbclicks, saya akan buat pembayaran guna cimbclicks seperti biasa.Bayaran Fb Ads 4

Selepas pembayaran dilakukan menggunakan online banking anda tadi, jumlah bajet tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun Fb Ads anda. Anda sudah boleh mula mengiklan produk anda menggunakan Fb Ads. Mudah dan cepat bila guna Online Banking ni.

Begitulah secara ringkasnya cara pembayaran Fb Ads menggunakan Online Banking Malaysia. Jika anda sudah biasa dengan online shopping di mana-mana kedai online, ianya seperti anda sedang shopping secara online. Klik dan bayar saja secara online.

Saya juga sudah set kan setting pada bahagian Currency facebook saya menggunakan Malaysian Ringgit. Senang sikit nak kira bajet bila guna matawang Ringgit Malaysia ni.

Bagi anda yang telah menggunakan Fb Ads untuk promosi produk anda, saya ucapkan Selamat beriklan Fb Ads!

Jika anda nak tanya saya secara personal tentang Facebook Ads, anda boleh klik Hubungi pada bahagian menu kat atas tu. Saya akan cuba bantu jawab setiap pertanyaan anda secara percuma sahaja. InsyaAllah. 🙂

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

17 comments on “Pembayaran FB Ads Menggunakan Online Banking Malaysia

  1. Azimah

    Assalamu’alaikum, terima kasih info ni. Nak guna debit tiba2 tak boleh, takut plak nak try online. Nanti terlebih bajet.
    Ni dah tahu cara, insyaAllah senang la lepas ni.

    Reply
  2. Annim

    Assalamualaikum tuan mcm mana ya kalau dah ada account fb guna debit card & deadline.. Nak tukar bayar guna bankin online.. Kena buat fb baru kan? Selepas dah buat fb baru kena buat fb ads yang baru juga ke utk bayar hutang yg lama dgn fb ads? Sebab fb baru tak ada pilihan untuk biling.. Harap boleh membantu 🙁

    Reply
    1. Nik Thoha Post author

      Waalaikumussalam. Betul tu apa yang cik bagitahu kena buat fb baru.
      Setahu saya akaun fb ads yang baru tak boleh guna untuk bayar untuk akaun fb ads lama. Mungkin cik boleh bagi info dengan lebih details lagi dengan contact saya melalui butang ‘Hubungi’ pada bahagian menu di atas.

      Reply
  3. muzakkir

    salam. saya dah buat pembayaran melalui online banking. tapi duit xmasuk lg dalam akaun FB ads saya, kenape ye. pg td saya buat

    Reply
  4. fatin liyana

    salam nak tanya kenapa sy nk bayar hutang fb ads tak bleh guna debit card maybank… kena bayar guna cara apa? pening nyer… kalau tak bayar biar mcm tu jadi mcm mana nanti.. kena bayar rm1.06 je

    Reply
    1. Nik Thoha Post author

      Wasalam. Biasanya kalau melibatkan masalah kad debit maybank, kena call operator maybank. Nanti diorang akan bantu selesaikan masalah kad debit tu, Kalau tak bayar tak jadi apa cuma akaun fb ads tak aktif jela. Lepas bayar baru dapat aktif balik akaun fb ads.

      Reply
  5. Massa

    Salam.. Ada tak cara online banking by phone je.. Laptop rosak.. Setahu sy nk online banking kne guna komputer je blh..?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *