Paksa Diri Untuk Membaca

Amalan  Membaca BukuAmalan membaca sememangnya sangat bermanfaat kepada manusia. Manusia itu jahil pada asasnya. Jadi kita perlu berusaha untuk tambah ilmu dalam diri kita dan salah satu caranya adalah dengan membaca selain perlu berguru kepada mereka yang lebih alim.

Membaca buku sangat susah untuk diamalkan jika diri kita ini sentiasa dipenuhi dengan sifat malas dan suka mencari alasan. Jika nak tunggu kita betul-betul bersedia untuk membaca mungkin ianya hanya tinggal harapan. Bukan untuk melemahkan semangat anda tapi hanya ingin mengatakan apa yang berlaku kepada diri saya sendiri.

Jadi, suka atau tidak saya perlu paksa diri untuk baca apa sahaja buku asalkan ia memberi manfaat kepada diri saya. Saya mempunyai satu minat membaca yang luar biasa tanpa perlu dipaksa iaitu suka baca apa saja info pasal sukan terutamanya bolasepak. Tapi info-info sebegini biasanya kurang memberi manfaat. Hanya sekadar untuk bacaan ringan boleh la.

Saya perlu paksa diri untuk baca buku-buku ilmiah yang memberi manfaat seperti buku-buku agama, motivasi, perniagaan dan banyak lagi. Buku-buku sebegini sememangnya dapat memberi manfaat kepada diri saya untuk memperbaiki kelemahan yang ada dalam diri dan juga menambah ilmu pengetahuan supaya menjadi insan yang lebih baik di masa hadapan. Tidak rugi sebenarnya jika dipaksa untuk membaca buku-buku yang dapat memberi manfaat kepada diri saya juga.

Sebagai permulaan, tak perlu paksa baca diri kita untuk habiskan 1 buah buku dalam masa sehari tapi cukuplah sekadar baca 2 atau 3 helai mukasurat buku dalam sehari. Orang kata sikit-sikit nanti lama-lama jadi bukit. Bila amalan membaca itu dah menjadi kebiasaan, kita tambah baca lebih banyak mukasurat buku lagi setiap hari.

Untuk lebih mendekati buku, anda juga boleh selalu berkunjung ke kedai-kedai buku untuk melihat koleksi-koleksi buku yang menarik. Mungkin ada buku-buku yang akan menarik perhatian anda untuk membacanya. Tidak rugi jika anda sanggup melaburkan sedikit wang untuk membeli buku yang bermanfaat. Lagi seronok jika ada pesta buku. Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke pesta-pesta buku kerana di situ lebih meriah dan lebih banyak lagi pilihan buku-buku yang menarik.

Carilah rakan-rakan yang boleh mendorong diri kita untuk lebih mendekati buku. Jika berkawan dengan mereka yang suka membaca, secara tak langsung kita akan rasa terdorong untuk suka membaca juga. Jika berkawan dengan kaki lepak, kita juga akan menjadi kaki lepak. Buat lah pilihan yang baik supaya ia dapat memberi manfaat kepada diri kita.

Kita kena yakin yang amalan membaca buku akan dapat memberi manfaat kepada diri kita dan dalam masa yang sama kita dapat berkongsi ilmu yang kita ada kepada orang lain. Melalui ilmu yang kita baca semoga ia akan dapat membantu diri kita menjadi insan yang lebih baik lagi di masa hadapan. Selamat membaca!

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *