Menjadi Terkenal, Dihormati Dan Berpengaruh

Menjadi Terkenal, Dihormati Dan BerpengaruhOrang yang berharta dan memiliki kekayaan akan dipandang tinggi oleh manusia. Jika kita telah menjadi seorang usahawan yang berjaya dan berharta janganlah kita menjadi orang yang sombong dan bongkak. Ini kerana kita akan dibenci oleh orang lain.

Sebaliknya kita perlulah menjadi contoh kepada orang lain untuk berjaya seperti kita juga. Gunakan pengaruh yang telah kita ada untuk membantu orang lain pula. Jangan kedekut untuk berkongsi ilmu yang kita miliki kepada orang lain pula. Tapi jangan menunjuk-nunjuk dengan kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain.

Orang yang berjaya dalam hidup pasti akan dihormati oleh orang lain. Itulah yang berlaku pada hari ini. Jika seseorang itu tidak berharta maka sudah tentu dia tidak akan dipandang oleh orang lain. Apabila kita seorang yang memiliki harta kerana perniagaan yang kita lakukan telah berjaya, maka orang lain akan menghormati kita kerana kekayaan kita itu.

Apa yang paling penting kita jangan lupa diri dengan kekayaan yang kita miliki. Ingatlah yang kekayaan yang kita perolehi itu hanya bersifat sementara saja.

Ianya hak milik Allah dan boleh ditarik dari kita pada bila-bila masa sahaja. Gunakan harta kekayaan yang kita miliki itu untuk melakukan lebih banyak amal kebaikan di jalan Allah. InsyaAllah kehidupan kita akan lebih selamat dunia dan juga akhirat.

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *