Menentukan Sendiri Target Keuntungan

Menentukan Sendiri Target KeuntunganSebagai seorang usahawan, kita boleh meletakkan target sendiri berapakah jumlah pendapatan yang kita mahukan. Jika kita bekerja makan gaji, kita tidak mempunyai hak untuk menentukan brapakah jumlah pendapatan yang kita mahukan pada setiap bulan.

Pada setiap bulan, kita boleh meletakkan target bagi setiap produk yang kita hasilkan. Kita boleh letakkan target berapakah keuntungan yang kita mahu bagi setiap produk-produk kita. Tidak salah meletakkan berapa pun target yang kita inginkan asalkan ianya tidak keterlaluan dan kita rasa mampu untuk dicapai.

Kita juga perlu pastikan kita meletakkan target yang sesuai dengan kemampuan diri kita. Jika orang lain boleh dapat maka kita pun boleh.

Sebenarnya jika kita meletakkan target sendiri pada setiap jualan produk kita, ianya akan dapat memberikan semangat kepada kita untuk lebih berusaha gigih bagi mencapai target yang telah ditetapkan. Jika kita berusaha gigih maka sudah pasti kita akan dapat mencapai target yang telah kita tetapkan.

Kita perlu mengawal setiap modal yang kita ingin keluarkan bagi setiap perniagaan kita. Begitu juga dengan keuntungan, kita perlu bijak untuk mengawal penggunaannya. Jangan terus ghairah untuk berbelanja berlebihan setiap keuntungan yang kita perolehi.

Gunakan keuntungan yang kita perolehi dalam perniagaan kita itu sebagai modal untuk memulakan perniagaan lain pula. Dengan cara ini maka perniagaan anda akan terus berkembang dengan baik.

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *