Mencari Kemewahan Dan Kekayaan

Mencari Kemewahan Dan KekayaanDalam kehidupan hari ini kemewahan dan harta adalah satu keperluan yang sangat penting. Jika kita memiliki harta kemewahan dan harta banyak kebaikan yang kita boleh lakukan. Walaupun kekayaan dan kemewahan boleh membuatkan manusia lupa kepada Allah tapi janganlah berfikir yang kekayaan hanya akan membuatkan kita menjadi lupa kepada Allah.

Sebaliknya kita perlu ingat yang kemewahan dan kebaikan juga boleh membawa banyak kebaikan kepada diri sendiri, agama, bangsa dan juga negara.

Kita perlu niatkan dalam diri kita, kita menjadi seorang usahawan kerana ingin membantu diri sendiri dan juga orang lain. Jangan lupakan niat kita ini. Menjadi seorang usahawan dapat memberikan kehidupan yang mewah dan kaya kepada kita. Itulah kelebihan menjadi seorang usahawan. Banyak golongan yang berjaya menjadi jutawan pada hari ini juga datangnya dari golongan usahawan.

Kemewahan dan kekayaan itu sebenarnya  tidak datang secara bergolek begitu saja kepada kita. Tapi sebaliknya ia hendaklah melalui usaha yang gigih. Setelah berusaha gigih, kita hendaklah berdoa kepada Allah meminta pertolongan. Dan akhir sekali kita hendaklah bertawakal kepadaNya.

Kita sebagai manusia hanya mampu untuk merancang apa saja yang kita inginkan tapi hanya Allah yang akan menentukan segalanya untuk diri kita.

Apabila telah berjaya mencapai apa yang kita inginkan, jadilah orang kaya yang bertakwa dan beriman dengan banyak membantu orang lain. Bantulah orang lain dengan memberikan sedekah kerana setiap sedekah yang kita lakukan tidak akan pernah berkurang harta kita sebaliknya ia akan bertambah lagi rezeki dari Allah kepada kita.

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *