Kunci Kejayaan Facebook Hari Ini

Kunci Kejayaan Facebook Hari IniDalam dunia internet, nama facebook sentiasa menjadi sebutan ramai setiap masa. Ini kerana ramai orang pasti memiliki akaun laman web sosial facebook sendiri. Pada mulanya facebook hanyalah sebuah laman web sosial biasa yang kecil saja jumlah penggunanya. Tapi hari ini ia menjadi sebuah laman web yang besar dan popular. Kunci kejayaan facebook hari ini adalah kerana banyak faktor.

Kepercayaan Dan Keyakinan

Pemilik dan pengasas facebook iaitu Mark Zuckerberg, telah meletakkan kepercayaan penuh dalam dirinya untuk membina laman web sosial facebook. Tanpa kepercayaan dan keyakinan dalam dirinya sudah tentu dia tidak akan membina laman web sosial facebook seperti yang wujud pada hari ini.

Oleh kerana facebook kini semakin berkembang dan meluas, kepercayaan pengguna facebook adalah penting. Pengguna facebook mungkin akan beralih kepada laman sosial lain jika mereka tidak lagi percaya kepada facebook. Kepercayaan dan keyakinan setiap orang terhadap facebook akan terus membuatkan facebook bertahan lebih lama.

Bijak Mengambil Peluang

Pada permulaan dahulu, facebook tidaklah begitu popular sangat seperti yang ada sekarang ni. Apa yang dilakukan oleh pemiliknya adalah dia bijak mengambil peluang. Peluang tidak akan datang banyak kali. Dia seolah-olah boleh nampak yang laman web sosial facebook mempunyai masa depan yang cerah di masa hadapan.

Jadi dia cepat-cepat mengambil peluang itu untuk meneruskan projek mengembangkan lagi facebook. Dengan itu facebook terus berkembang sehinggalah ia telah berjaya seperti sekarang ini.

Kreatif dan Lain Dari Yang Lain

Ada banyak lagi sebenarnya laman web sosial yang lain di dunia ini. Mereka bersaing untuk menjadi antara laman web sosial yang paling poplular. Tapi facebook telah menjadi pilihan ramai berbanding dengan yang lain. Ini kerana pemiliknya telah menggunakan kreativiti yang ada dalam diri mereka untuk menjadikan facebook lain dari yang lain.

Apa yang ada seperti dalam facebook tiada dalam laman sosial yang lain. Ada juga laman sosial lain cuba untuk meniru facebook tetapi tidak berjaya. Interface facebook yang lebih ringkas dan mesra pengguna telah menjadikan ia semakin popular dan diminati.

Fokus Kepada Kerja

Pada permulaan pembinaan facebook tidak semudah yang disangka. Facebook bukanlah terus menjadi popular dalam sekelip mata saja. Ini kerana facebook tidak dikenali ramai masa awal penubuhannya dahulu. Setiap ahli dalam kumpulan facebook itu sendiri memang akan fokus pada tugas masing-masing.

Selain itu, pemilik facebook itu sendiri yang telah fokus untuk meneruskan projek facebook pada awal permulaannya sampai berjaya. Tanpa semua ini mustahil facebook akan berjaya seperti sekarang ini.

Sebagai kesimpulan, kunci kejayaan facebook ini boleh kita amalkan dalam diri kita masing-masing. Kita boleh jadikan kunci kejayaan facebook sebagai inspirasi untuk lebih berjaya dalam setiap perkara yang kita lakukan. Jika orang lain boleh buat, kita juga boleh buat kan?

Kita perlu ambil manfaat dari kejayaan facebook untuk kita lebih berjaya pada masa hadapan. Buatlah sesuatu perkara yang kita suka dan minat dan jangan terikut-ikut dengan apa yang orang lain lakukan. Ini kerana kita adalah diri kita sendiri.

Artikel asal: http://www.layarsukses.com/kunci-kejayaan-facebook-hari-ini/

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *