Kuasa Testimonial Dalam Bisnes

Kuasa Testimonial Dalam BisnesSalah satu teknik untuk meningkatkan jualan dalam bisnes adalah dengan menggunakan kuasa testimonial sebagai alat pemasaran. Testimonial adalah pengalaman sebenar dari pengguna/pembeli yang telah mendapatkan produk dari kita. Sama ada baik atau buruk testimoni yang diberi, ia bergantung kepada kualiti produk kita. Jika produk berkualiti, maka lebih banyak testimoni positif yang akan kita dapat.

Saya sendiri pernah membeli produk online kerana terpengaruh dengan testimonial yang ditunjukkan oleh penjual. Semua testimonial pengguna yang ditunjukkan nampak berkesan dan berpuas hati sehingga mempengaruhi orang lain untuk mencuba dan mendapatkan produk tersebut.

Bagi anda yang menjalankan bisnes, anda wajib mengumpulkan testimonial dari pelanggan-pelanggan anda supaya dapat meningkatkan jualan produk anda.

Membina Kepercayaan Kepada Orang Lain

Biasa orang akan lebih mudah percaya jika mereka lihat hasil dari testimonial. Ia akan meningkat keyakinan mereka untuk mendapatkan produk yang kita jual. Keinginan untuk membeli akan lebih meningkat kerana melihat begitu ramai pembeli lain yang telah berpuasa hati dengan produk tersebut.

Testimonial juga penting untuk membuatkan bakal pelanggan lebih mempercayai kredibiliti penjual. Jika ramai pelanggan telah berpuas hati, sudah tentu penjual tersebut boleh dipercayai.

Gunakan Testimonial Yang Sebenar dari Pengguna

Pastikan kita mendapatkan testimonial yang jujur dari pembeli dan bukannya rekaan semata-mata. Tidak ada guna mereka-reka testimonial semata-mata untuk meningkatkan jualan. Dapatkan testimonial yang sebenar dari pembeli supaya bisnes yang kita jalankan lebih berkat.

Jika terdapat testimonial negatif maka kita perlu ambil serius kerana produk kita mungkin terdapat kekurangan. Gunakan testimonial itu untuk memperbaiki kualiti produk kita menjadi lebih baik lagi. Jangan pula buat tak tahu dan tak ambil kisah dengan testimonial yang kurang baik tentang produk kita.

Menunjukkan Produk Yang Berkualiti

Ia menunjukkan yang produk kita berkualiti dan telah digunakan oleh ramai orang. Jika produk kita memang berkualiti, maka kita akan lebih mudah untuk mendapat banyak testimonial positif dan lebih cepat untuk kita sebarkan. Testimonial itu biasanya akan disebarkan oleh pembeli sendiri.

Mereka juga akan berkongsikan kehebatan produk kita kepada kawan-kawan mereka yang lain. Kita perlu berusaha untuk menjaga kualiti produk kita dengan sebaik mungkin. Jangan hanya mengejar keuntungan semata-mata.

Bagi Sample Produk Percuma

Salah satu cara untuk mendapatkan testimonial dengan mudah dan cepat adalah dengan cara memberi sample produk secara percuma dengan syarat selepas itu pengguna perlu memberikan testimonial positif tentang produk tersebut.

Cara ini telah digunakan oleh ramai usahawan untuk mengumpulkan testimonial dari pengguna. Dan ianya memang berkesan untuk mengumpulkan lebih banyak testimonial dalam tempoh yang singkat. Kita boleh printscreen gambar-gambar testimonial sebagai bukti sebenar produk kita yang telah digunakan oleh orang ramai.

Gunakan Testimonial Dari Orang Berpengaruh

Bila testimonial itu datang dari golongan mereka yang berpengaruh dan dikenali, maka orang akan lebih mudah yakin dan percaya. Ini kerana pengaruh mereka sangat besar. Sebagai contoh artis-artis yang mempromosikan produk kecantikan dan kesihatan. Sudah tentu peminatnya sangat ramai. Ada diantara peminat mahu mencuba juga produk yang digunakan oleh artis tersebut.

Menggunakan orang berpengaruh sebagai testimonial produk adalah untuk menjadikan proses penyampaikan produk lebih cepat sampai kepada lebih ramai lagi bakal pelanggan kita. Kita mungkin perlu membayar kepada orang berpengaruh untuk mendapatkan testimonial dari mereka atau membayar mereka untuk membuat review tentang produk kita.

Memang kita tidak nafikan kuasa testimonial adalah sangat hebat dan berkesan untuk meningkatkan jualan produk kita. Kita wajib menggunakan teknik pemasaran ini supaya kita akan dapat memberikan keyakinan kepada bakal pelanggan untuk mendapatkan produk kita. Dalam bisnes ada pelbagai cara yang kita boleh lakukan untuk meningkatkan jumlah jualan. Dan kuasa testimonial adalah salah satu daripadanya.

Zaman sekarang lebih mudah kerana kita boleh sahaja printscreen dengan menggunakan smartphone. Kita boleh printscreen status, komen atau gambar dari facebook, whatsapp, instagram dan jadikan ia sebagai testimonial produk kita.

Sebagai peniaga, kita perlulah jujur dan beretika. Jangan ambil testimonial sekadar tangkap muat saja. Gunakan testimonial yang benar sahaja. Kita berniaga bukan untuk cari keuntungan semata-mata tapi kita mahukan bisnes kita sentiasa halal dan diberkati. InsyaAllah.

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *