Kerja Keras Berpasukan Mengatasi Pemain Berbakat, Bintang Terkenal

England lawan Iceland(Pasukan England tewas kepada pasukan Iceland dengan jaringan 1-2)

Salah satu kejutan terbesar dalam kejohanan EURO 2016 adalah apabila tersingkirnya pasukan yang berstatus bintang iaitu pasukan England. Majoriti pemain England adalah datang dari liga terbaik dunia iaitu Liga Perdana Inggeris (EPL). Pasukan England juga adalah salah salah satu kuasa bolasepak dunia.

Tapi walaupun penuh dengan pemain-pemain bintang ia tidak cukup untuk membantu England mencipta kemenangan dengan mudah. Lebih menyedihkan apabila mereka disingkirkan oleh pasukan tidak ternama atau negara terpencil kurang dikenali iaitu negara Iceland.

Pasukan Iceland tidak memiliki pemain bintang tapi mereka telah tunjukkan pada dunia yang semangat, kesungguhan dan kerja keras telah mengatasi pemain-pemain berbakat dan hebat skill individu serta pemain-pemain berstatus bintang yang ada dalam pasukan England.

Jika pada peringkat seterusnya Iceland kalah pun tak mengapa. Mereka hanya pasukan Underdog saja. Mereka dah pun cipta sejarah tersendiri selepas tewaskan England. Jika mereka mampu jadi juara juga tidak mustahil. Sebab Greece pernah melakukannya pada tahun 2004. Keajaiban luar biasa boleh berlaku.

Sebenarnya situasi ni tak pelik pun bagi England. Bagi mereka yang follow EPL pasti terkejut dengan kejayaan pasukan Leicester City jadi juara EPL. Kita boleh gelar mereka ni sebagai ‘Giant Killer’. Sebuah pasukan kerdil yang berjaya jadi juara salah satu liga terbaik dunia EPL.

Saya pernah menulis artikel pasal kejayaan Leicester City sebelum ini menerusi artikel bertajuk “Apa yang kita boleh belajar dari kejayaan pasukan Leicester City

Dan skrip yang sama juga ‘mungkin’ boleh berlaku kepada pasukan Iceland. Tapi itu juga bergantung kepada nasib baik Iceland jika mereka mampu beraksi dengan semangat perjuangan yang sama semasa mereka menewaskan England. Apa sahaja boleh berlaku.

Jika dilihat dengan mata kasar, bolasepak hanyalah sukan yang sekadar menyepak bola ke sana ke mari dan tendang ke dalam jaring gol. Tapi sebenarnya bagi mereka yang betul-betul minat bolasepak, ia lebih dari sekadar itu. Permainan bolasepak juga adalah seni yang menarik untuk ditonton. Ia sentiasa penuh dengan elemen kejutan. Kejutan dan keajaiban inilah yang boleh kita belajar dan mengambil ia sebagai INSPIRASI.

Tidak kiralah apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan, apa jenis bisnes yang kita buat. Kita juga mampu untuk berjaya seperti orang lain. Walaupun tidak berbakat dalam berniaga, kurang pandai menjual, orang tidak kenal kita tapi jika kita ada semangat luar biasa, usaha bersungguh-sungguh dan kerja keras maka tidak mustahil kita juga mampu untuk mencapai apa sahaja kejayaan yang kita impikan.

Jangan jadikan kekurangan sebagai penyebab untuk kita tidak boleh berjaya. Kejayaan tidak datang dalam masa sehari. Ia mungkin akan mengambil sedikit masa. Jangan putus asa dipertengahan jalan. Usaha selagi masih ada upaya. Termasuk dalam usaha adalah dengan menambah ilmu pengetahuan. Carilah ilmu yang bermanfaat untuk kita terus majukan diri. Dengan adanya ilmu kita telah berusaha untuk berjaya.

Jika dilihat dari kejayaan seseorang ada ramai yang bernasib baik. Ada juga yang setelah berusaha keras baru mereka berjaya. Ya memang betul tu. Tapi sebagai seorang muslim, kita mempunyai senjata yang cukup hebat iaitu kuasa DOA. Berdoa dan mintalah pertolongan dari Allah. Banyakkan berdoa setelah kita berusaha keras dan bertawakal di atas setiap usaha yang kita lakukan. InsyaAllah kita semua mampu berjaya. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *