Kepentingan Bidang Keusahawanan

pendapatan meningkatBidang keusahawanan ini adalah satu bidang yang sangat penting pada masa kini. Bidang keusahawanan juga akan dapat memberi manfaat kepada orang lain yang berada disekeliling kita. Ada banyak kepentingan bidang keusahawanan ini kepada diri kita sendiri, agama, bangsa, dan juga negara.

Meningkatkan Pendapatan Negara

Golongan usahawan adalah penting bagi sebuah negara, ini kerana negara kita akan bertambah maju apabila ekonominya maju. Sumber ekonomi dan pendapatan negara juga banyak dibantu oleh usahawan kerana merekalah yang akan menggerakkan pembangunan ekonomi dalam negara melalui perniagaan yang mereka lakukan.

Kita juga mampu untuk sama-sama membangunkan negara melalui perniagaan yang kita lakukan. Bidang perniagaan adalah sangat luas sebenarnya. Ianya tidak hanya terhad di dalam sebuah negara kita saja. Malah ianya boleh dilakukan diperingkat antarabangsa dengan sesiapa saja walau dimana mereka berada.

 Apabila perniagaan kita sudah bertambah maju, sudah tentu ia akan mampu menarik ramai pelabur asing dari luar negara untuk melabur dalam perniagaan kita. Sudah tentu ia kan meningkatkan pengaliran pendapatan ke dalam negara kita melalui pelaburan asing dari luar negara. Begitulah hebatnya seorang usahawan dalam membantu sebuah negara untuk meningkatkan pendapatan dalam negara tersebut.

Sumbangan kita sebagai seorang usahawan sangat berharga untuk negara kita. Ambillah peluang ini supaya kita dapat memajukan lagi perniagaan kita supaya kita sama-sama akan dapat menikmati kemajuan yang ada dalam negara kita ini. Pembangunan negara pada hari ni adalah untuk generasi-generasi pada masa akan datang.

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *