Jangan Percaya Kepada Semua Maklumat

sampaikan maklumatPada hari ini begitu banyak maklumat yang kita boleh perolehi dari sumber-sumber seperti buku, surat khabar, televisyen, internet dan banyak lagi. Sebagai seorang usahawan, kita perlu sentiasa selidiki terlebih dahulu setiap maklumat yang kita terima supaya kita tidak menerima maklumat yang salah.

Jangan mempercayai 100% segala maklumat yang kita terima dari sumber-sumber yang tidak sah. Ini penting bagi mengelakkan diri kita mempercayai maklumat yang tidak pasti kebenarannya.

Kita perlu elakkan diri kita dari menggunakan maklumat yang salah. Ini kerana kita akan menyebabkan orang lain yang menerima maklumat dari kita juga akan turut sama mempercayai maklumat salah tersebut.

Itulah pentingnya kepada kita supaya selidiki dahulu kebenaran sesuatu maklumat sebelum kita sampaikan kepada orang lain pula. Jika tidak kita sendiri yang akan menanggung akibatnya.

Kita juga mungkin menerima maklumat yang tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada diri kita sendiri dan juga orang lain. Orang lain yang menerima maklumat dari kita tidak akan menghargai sebarang maklumat yang tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada diri mereka. Jadi, jangan sebarkan sebarang maklumat yang tidak membawa manfaat kepada orang lain.

Tindakan kita juga perlulah bijak dan tidak bertindak mengikut perasaan. Janganlah bertindak tanpa selidiki terlebih dahulu sebarang maklumat yang kita terima. Kita perlu bijak mengawal diri kita supaya kita akan dapat memperoleh kepercayaan dari orang lain.

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *