Jangan Mencampur Adukkan Perbelanjaan

belanja sakanDalam sebuah perniagaan, modal adalah satu perkara yang wajib untuk memulakan sesebuah perniagaan. Kita perlu sentiasa bijak semasa mengeluarkan modal. Ini kerana dengan modallah kita akan dapat memulakan dan juga membangunkan sebuah perniagaan. Jika perniagaan kita telah berjaya mendapat keuntungan, jangan terus belanjakan untung tersebut secara berlebihan.

Sebaiknya kita boleh gunakan untung tersebut sebagai pusingan modal untuk memulakan perniagaan yang lain pula. Begitulah seterusnya sehingga perniagaan kita akan menjadi semakin berkembang dan berjaya.

Kita perlu sentiasa berjimat cermat semasa berbelanja. Jangan terlalu ghairah apabila mendapat sesuatu keuntungan dengan berbelanja sakan kerana terlalu gembira. Tidak salah berbelanja dari keuntungan yang anda perolehi tapi biarlah berpada-pada jangan sampai tak ingat dunia.

Kita kena selalu beringat dan elakkan dari manjadi orang yang boros dalam berbelanja. Kelak diri kita sendiri juga yang akan rugi.

Jangan pula mencampur adukkan pendapatan hasil perniagaan ke dalam perbelanjaan harian kita. Ini kerana kita tidak akan tahu setakat mana prestasi keuntungan perniagaan kita jika ianya telah bercampur dengan perbelanjaan harian kita.

Jika kita mempunyai hutang semasa mendapatkan modal, maka sebaiknya bersihkan diri kita dari sebarang hutang dengan membayar segala hutang yang ada hasil dari keuntungan yang telah kita perolehi. Jangan biarkan diri kita dibebani hutang kerana ianya akan menyusahkan hidup.

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *