Hargai Setiap Nilai Ilmu Yang Dikongsikan

Hargai-Setiap-Nilai-Ilmu-Yang-DikongsikanZaman sekarang ni semua dah senang sangat. Dunia hanya dihujung jari. Nak cari ilmu pun mudah. Taip di google macam-macam informasi yang boleh kita jumpa. Setiap hari jika buka facebook pun macam-macam ilmu yang boleh kita dapat. Ada banyak yang percuma. Yang berbayar pun ada juga melalui iklan-iklan fb ads.

Kita boleh pilih yang mana bersesuaian dengan kemampuan diri kita. Jika rajin, kena usaha lebih sikit cari gali ilmu yang percuma. Jika mampu bayar, boleh tambah ilmu dengan beli buku, ebook, seminar, kursus dan lain-lain. Pilih saja yang mana berkenan dihati.

Tapi kita tak boleh nak elak situasi dimana alasan dicipta kerana tidak mahu belajar atau malas nak tambah ilmu. Kena elakkan diri kita dari merasa diri dah pandai. Kita perlu sentiasa rasa diri kita ni banyak lagi yang perlu belajar. Kerana proses belajar itu tidak akan pernah berhenti selagi kita hidup didunia ni.

Situasi dibawah ni kita pasti akan terjumpa apabila kita cuba untuk berkongsi ilmu kepada orang lain.

Apabila Ilmu Diberi Secara Percuma

Orang akan kurang hargai bila diberi percuma. Mudah bertangguh sebab tak kena bayar, tak rasa rugi pun. Benda free biasanya akan dipandang sebelah mata je.

“Nanti saya ada masa saya belajar la. Saya sibuk sekarang ni. Nanti saya akan baca ilmu yang awak kongsikan.”

Apabila Ilmu Dikenakan Bayaran

Orang akan kata bayaran mahal la. Belum cukup duit lagi untuk beli.

“Mahal la harga ebook yang awak jual. Tak cukup duit lagi nak bayar yuran kelas ilmu bisnes. Nanti ada duit baru saya bayar.”

Apabila Ilmu Tidak Dikongsi

Orang akan kata pula kita seorang yang kedekut ilmu. Makan sorang diri tak nak kongsi ilmu dengan orang lain.

“Eleh macam la hebat sangat. Orang lain rileks je tidak berkira pun kongsi ilmu.”

Situasi yang saya cuba kongsikan di atas bukan untuk bersangka buruk. Tapi mahu ataupun tidak, kita tetap akan berhadapan dengan situasi macam tu. Orang tetap akan cipta alasan dan tidak mudah untuk terima apa yang kita cuba berikan.

Tidak kiralah yang percuma ke berbayar ke, kita perlu usaha untuk cari ilmu sebanyak mungkin yang kita mampu. Macam saya cakap kat atas tadi tu, kita boleh belajar ikut kemampuan.

Sama macam waktu sekolah dulu, jika mampu kita boleh ambik kelas berbayar tuisyen. Jika tak mampu, kita ulangkaji ilmu yang diajar dalam kelas pun dah cukup. Nak yang percuma boleh tanya kawan-kawan atau cikgu. Semuanya atas usaha kita. Nak duduk diam atau usaha untuk cari ilmu.

Jika ada yang tidak berkongsi ilmu jangan pula kita sangka dia kedekut ilmu dan sebagainya. Mungkin dia ada alasan tersendiri yang kita tidak tahu. Mungkin dia belum bersedia untuk kongsi ilmu. Atau dia masih kurang yakin untuk kongsi ilmu yang dia ada. Mungkin tunggu masa yang sesuai baru dia akan kongsi. Ada banyak kemungkinan.

Kita perlu menghormati apa saja keputusan seseorang tu sama ada dia nak bagi percuma, berbayar, ataupun dia nak diam dan belum bersedia nak kongsi ilmu.

Jika kita dapat belajar, kita perlu hargai sebaiknya nilai ilmu yang kita dapat. Tidak kiralah siapa pun yang kongsikan ilmu tersebut. Yang penting ilmu yang kita belajar tu ada manfaatnya untuk diri kita. InsyaAllah. 🙂

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *