Hargai Kelebihan Diri Kita

Hargai Diri SendiriDalam hidup ini kita akan selalu melihat diri kita yang serba kekurangan apabila membandingkan kelebihan yang ada pada diri orang lain. Kita selalu melihat kecantikan yang ada pada diri orang lain melebihi diri kita. Kita melihat kekayaan yang ada ada pada diri orang lain melebihi diri kita.

Tidak salah untuk kita membandingkan diri kita dan orang lain. Cuma jangan sampai kita terlalu merasa kecewa kerana tidak memiliki kelebihan seperti orang lain.

Setiap orang diberikan kelebihan dan kekurangan masing-masing oleh Allah. Ada orang yang diberikan kepintaran luar biasa, diberikan kecantikan dan kekuatan fizikal, diberikan lidah yang fasih berkata-kata dan sebagainya. Yakinlah setiap nikmat yang yang kita perolehi dalam hidup ini adalah datang dari Allah.

Sebagai hamba kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan nikmat yang kita perolehi. Hargai segala kelebihan yang ada pada diri kita. Kelebihan yang kita ada hendaklah digunakan dengan sebaiknya supaya ia akan dapat memberi manfaat kepada diri kita dan juga orang lain.

Kita perlu berusaha untuk membantu orang lain yang memerlukan. Jangan pula digunakan kelebihan yang kita ada ke arah keburukan. Kita diberikan akal oleh Allah supaya kita dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk.

Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan. Namun begitu, buat apa kita terlalu fikirkan tentang kelemahan atau kekurangan yang ada? Bukan kah lebih baik kita fokus kepada kelebihan diri kita.

Kita perlu sentiasa melihat kepada orang lain yang lebih susah dan serba kekurangan supaya kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur kepadaNya.

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *