Elakkan Menipu Dalam Perniagaan

Elakkan Menipu Dalam PerniagaanDalam sebuah perniagaan, keberkatan adalah sangat penting. Sebagai seorang usahawan, kita perlu ingat keberkatan adalah sangat penting dalam hidup kita sebagai seorang usahawan. Salah satu perkara yang mesti dijauhi dalam perniagaan adalah penipuan. Ini kerana ianya akan menghilangkan segala keberkatan dalam sebuah perniagaan.

Jika kita melakukan perniagaan dengan jujur, ianya akan memberikan kepercayaan kepada pelanggan kita pada hari ini dan juga pada masa akan datang. Jika pelanggan membeli produk kita pada hari ini dan mereka sangat berpuas hati dengan produk kita sudah tentu mereka juga akan menjadi pembeli produk-produk kita yang lain pula pada masa-masa yang akan datang.

Apabila pelanggan yang sedia ada mempercayai kejujuran kita dalam perniagaan sudah tentu mereka akan terus mempercayai kita untuk jangka masa panjang. Kita perlu memikirkan perniagaan kita untuk jangka masa panjang bukannya pada hari ini saja. Kita pasti akan dapat mengekalkan pelanggan yang sedia ada pada masa-masa yang akan datang.

Ramai orang yang menipu dalam perniagaan untuk mendapatkan keuntungan yang banyak. Tapi mereka perlu ingat, keuntungan yang diperolehi dari hasil penipuan adalah untung yang sementara saja. Ianya tidak akan kekal lama kerana lama-lama orang lain akhirnya akan dapat mengetahui juga penipuan yang mereka lakukan

Sebagai seorang usahawan yang jujur, sudah tentu perniagaan kita akan lebih diberkati dan bertambah maju pada masa-masa yang akan datang. InsyaAllah. 🙂

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *