Category Archives: Motivasi

Hadapi Dengan Penuh Kesabaran Atau Buktikan Dengan Kejayaan

Hadapi Dengan Penuh Kesabaran Atau Buktikan Dengan KejayaanSaya pasti ramai di antara kita merupakan peminat filem-filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Banyak filem-filem beliau masih lagi mendapat tempat di hati kita dan ia tidak pernah lapuk di telan zaman. Banyak filem-filem yang beliau lakonkan dapat memberi banyak pengajaran berguna dalam kehidupan kita seharian.

Salah satu filem yang popular adalah Sarjan Hassan. Filem ini mempunyai banyak pengajaran berguna yang boleh kita ambil. Sudah tentu pengajaran utama filem ini adalah tentang sejarah. Tapi saya bukan nak ulas pasal sejarah. Baca lagi >>

Apa Yang Kita Boleh Belajar Dari Kejayaan Pasukan Leicester City?

Apa-Yang-Kita-Boleh-Belajar-Dari-Kejayaan-Pasukan-Leicester-CityTahniah diucapkan kepada pasukan LEICESTER CITY kerana berjaya muncul JUARA Liga Perdana Inggeris (Barclays Premier League) bagi musim 2015/2016. Kejuaraan kelab bolasepak Leicester City ini telah mengejutkan dunia bolasepak kerana mereka berjaya mengatasi kelab-kelab besar seperti Chelsea, Manchester City, Manchester United, Arsenal, Liverpool serta pasukan-pasukan lain.

Leicester City bermula sebagai sebuah pasukan yang kurang dikenali dan tidak diambil perhatian oleh peminat-peminat bolasepak seluruh dunia. Status mereka hanya sebagai sebuah pasukan kerdil yang bersaing di bahagian bawahan liga pada musim lepas. Misi mereka adalah untuk terus terselamat dari penyingkiran/relegasi dari Liga Perdana Inggeris. Akan tetapi mereka telah berjaya bangkit untuk menjadi pasukan juara bagi musim 2015/2016 ini. Baca lagi >>

Berusaha Untuk Mengatasi Sifat Malas

Berusaha Mengatasi Sifat Malas

Perasaan malas adalah perkara biasa yang selalu berlaku kepada manusia. Ia bergantung kepada diri kita bagaimana untuk menghadapinya. Tidak kiralah semasa kita masih belajar, sudah bekerja, berniaga sendiri atau apa saja perkara yang kita lakukan. Perasaan malas akan selalu datang kepada kita pada bila-bila masa sahaja tidak kira masa atau tempat tanpa perlu dijemput.

Contohnya jika anda seorang pelajar, anda akan rasa malas belajar, malas buat kerja/tugasan yang diberikan oleh pensyarah, malas pergi kelas dan banyak lagi perasaan malas yang dihadapi. Perasaan malas ini adalah dugaan buat kita sebenarnya. Sekiranya ia menjadi amalan atau tabiat, ianya akan menyusahkan diri kita sendiri pada hari ini dan juga pada masa hadapan. Baca lagi >>

Sentiasa Yakin Dengan Rezeki Dari Allah

Sentiasa Yakin Dengan Rezeki Dari AllahSITUASI 1: Pernah tak ada pengalaman macam ni. Semasa belajar di sekolah/universiti dulu kita study siang malam untuk menghadapi hari exam. Ada sahabat kita seorang tu dia study tak berapa sangat. Pastu boleh siap enjoy main game lagi. Kita tengok pun jeles sebab dia nampak relaks je macam tak kisah sangat dengan exam.

Tapi bila dapat result kita dapat keputusan yang lebih rendah dari sahabat kita tu. Dia dapat result lebih power dari kita. Apa perasaan kita masa tu? Marah? Geram? Tak puas hati? Kecewa? Semua ada kan. Baca lagi >>

Review Buku: Chicken Soup for the Soul

Review Buku Chicken Soup for the SoulHari ini saya nak buat sedikit review ringkas tentang buku yang saya berjaya baca sehingga habis. Salah satu buku yang saya berjaya habiskan baru-baru ni adalah buku yang bertajuk Chicken Soup for the Soul – Berfikir Positif. Buku ini adalah buku yang diterjemah dari buku asal yang berbahasa inggeris.

Jika buku ini dalam edisi bahasa inggeris saya mungkin tak baca. Disebabkan ia dalam bahasa melayu baru saya berminat nak baca. Sebabnya ada bermacam-macam cerita didalam buku ini yang perlu difahami dengan sebaiknya. Kalau baca dalam bahasa inggeris mungkin ada yang saya tak faham. Baca lagi >>