Category Archives: Motivasi

Lakukan Perkara Ini Jika Mahu Berjaya Dalam Bisnes

Perkara yang paling penting bagi mereka yang mahu berniaga sendiri adalah dengan mula mengambil tindakan hari ini. Jika hanya mahu tunggu dan lihat dulu maka sampai bila-bila pun kita tidak akan bermula.

Kita boleh belajar sendiri cara untuk mula berniaga dan dalam masa yang sama cuba untuk belajar dari orang-orang yang telah pun berjaya. Sedut ilmu yang mereka kongsikan. Baca lagi >>

7 Tip Atasi Perasaan Takut Berniaga

7-tip-atasi-perasaan-takut-berniagaBiasanya perasaan takut berniaga berlaku kepada mereka yang baru pertama kali berniaga. Jika dah lama berniaga, perasaan takut tu akan berkurangan. Kalau nak ikutkan apabila kita buat bisnes online, kita tidak perlu pun berhadapan dengan  orang lain secara bersemuka.

Tapi perasaan takut tu boleh datang apabila kita rasa rendah diri kerana tidak pandai berniaga. Kita takut apa yang orang lain fikirkan. Apa yang kawan kita kata jika mereka lihat kita promote iklan pada facebook atau instagram kita. Itu contoh beberapa faktor yang menyebabkan kita takut berniaga. Baca lagi >>

Hargai Setiap Nilai Ilmu Yang Dikongsikan

Hargai-Setiap-Nilai-Ilmu-Yang-DikongsikanZaman sekarang ni semua dah senang sangat. Dunia hanya dihujung jari. Nak cari ilmu pun mudah. Taip di google macam-macam informasi yang boleh kita jumpa. Setiap hari jika buka facebook pun macam-macam ilmu yang boleh kita dapat. Ada banyak yang percuma. Yang berbayar pun ada juga melalui iklan-iklan fb ads.

Kita boleh pilih yang mana bersesuaian dengan kemampuan diri kita. Jika rajin, kena usaha lebih sikit cari gali ilmu yang percuma. Jika mampu bayar, boleh tambah ilmu dengan beli buku, ebook, seminar, kursus dan lain-lain. Pilih saja yang mana berkenan dihati. Baca lagi >>

Kerja Keras Berpasukan Mengatasi Pemain Berbakat, Bintang Terkenal

England lawan Iceland(Pasukan England tewas kepada pasukan Iceland dengan jaringan 1-2)

Salah satu kejutan terbesar dalam kejohanan EURO 2016 adalah apabila tersingkirnya pasukan yang berstatus bintang iaitu pasukan England. Majoriti pemain England adalah datang dari liga terbaik dunia iaitu Liga Perdana Inggeris (EPL). Pasukan England juga adalah salah salah satu kuasa bolasepak dunia.

Tapi walaupun penuh dengan pemain-pemain bintang ia tidak cukup untuk membantu England mencipta kemenangan dengan mudah. Lebih menyedihkan apabila mereka disingkirkan oleh pasukan tidak ternama atau negara terpencil kurang dikenali iaitu negara Iceland. Baca lagi >>

Tip Untuk Menjadikan Waktu Pagi Kita Lebih Bermakna

Tip Untuk Menjadikan Waktu Pagi Kita Lebih BermaknaWaktu pagi adalah waktu terbaik untuk kita mulakan hari kita dengan penuh semangat dan semangat itu akan berterusan sepanjang hari. Jika waktu pagi kita lemah dan tidak bersemangat, maka prestasi kita pada hari tersebut sudah tentu teruk.

Bagi memastikan waktu pagi kita tidak sia-sia dan jadi lebih bermakna. Ada beberapa tip yang boleh kita amalkan pada waktu pagi. Ianya boleh mengubah waktu pagi kita menjadi lebih baik berbanding biasa. Dengan izin Allah. Baca lagi >>