Cara Install WordPress Melalui CPanel

Cara-Install-WordpressSalah satu cara paling mudah untuk membina website sendiri adalah dengan menggunakan perisian WordPress. Perisian wordpress adalah percuma dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Perisian wordpress ini boleh dipasang sendiri jika anda mempunyai akaun hosting anda sendiri.

1) Pertama sekali anda perlu login ke akaun cpanel anda. Akaun cpanel ini akan diberikan oleh pihak penyedia hosting yang anda langgan akaun hosting dari mereka. Isikan maklumat login seperti username dan juga password.

1

 

2) Selepas berjaya login ke akaun cpanel, anda akan dibawa ke halaman home akaun cpanel anda. Anda perlu mencari satu persian iaitu Softaculous.

2

 

3) Didalam Softaculous ini ada pelbagai jenis lagi perisian lain yang boleh anda gunakan untuk membina website seperti wordpress, joomla, opencart dan banyak lagi. Anda hanya perlu pilih perisian wordpress dan klik pada gambar wordpress tersebut. Kemudian klik pada butang install.

3

 

4) Anda perlu mengisi beberapa maklumat penting yang disediakan pada ruangan tersebut. Selepas siap mengisi segala maklumat yang diperlukan, klik pada butang Install pada bahagian bawah sekali. Dan website wordpress anda telah pun siap untuk digunakan! Selamat berjaya saya ucapkan kepada anda.

4

 

Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan tentang cara nak install wordpress anda boleh terus menghubungi saya melalui ruang hubungi pada bahagian menu di atas. InsyaAllah saya akan cuba membantu sebaik mungkin.

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

One comment on “Cara Install WordPress Melalui CPanel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *