Berusaha Untuk Mengatasi Sifat Malas

Berusaha Mengatasi Sifat Malas

Perasaan malas adalah perkara biasa yang selalu berlaku kepada manusia. Ia bergantung kepada diri kita bagaimana untuk menghadapinya. Tidak kiralah semasa kita masih belajar, sudah bekerja, berniaga sendiri atau apa saja perkara yang kita lakukan. Perasaan malas akan selalu datang kepada kita pada bila-bila masa sahaja tidak kira masa atau tempat tanpa perlu dijemput.

Contohnya jika anda seorang pelajar, anda akan rasa malas belajar, malas buat kerja/tugasan yang diberikan oleh pensyarah, malas pergi kelas dan banyak lagi perasaan malas yang dihadapi. Perasaan malas ini adalah dugaan buat kita sebenarnya. Sekiranya ia menjadi amalan atau tabiat, ianya akan menyusahkan diri kita sendiri pada hari ini dan juga pada masa hadapan.

Lama Kelamaan Akan Menjadi Tabiat Buruk

Sifat malas ini akan menjadi satu tabiat buruk jika terus dibiarkan. Contohnya semasa belajar dulu malas nak pergi kelas, suka ponteng kuliah. Siapa yang akan rugi jika kita malas belajar? Sudah tentu diri kita sendiri yang akan rugi. Malas belajar maka tak dapat ilmu. Diri sendiri yang rugi sebab tak dapat ilmu.

Nanti lama kelamaan sifat malas itu akan menjadi tabiat buruk apabila bekerja pula. Rasa malas nak siapkan kerja yang bos bagi dan suka ponteng kerja. Ia akan merugikan syarikat sebab dapat pekerja yang pemalas. Hanya tahu nak cuti dan balik kerja awal. Sudah tentu syarikat akan kerugian jika mempunyai ramai pekerja seperti itu.

Ianya sangat berbahaya jika kita tidak berusaha untuk berubah dan membuang sifat malas itu dari terus merebak menjadi amalan kebiasaan bagi diri kita.

Malas Berusaha Tidak Akan Berjaya

Yang ni mesti kita selalu dengar ni. Biasanya cikgu-cikgu kat sekolah atau ibu ayah selalu pesan kalau malas berusaha tidak akan berjaya. Malas belajar tidak dapat masuk universiti. Ya memang betul sangat ni. Rezeki tidak akan datang bergolek. Orang yang malas berusaha tidak akan berjaya. Bukan untuk menakutkan, tapi kita perlu sedar yang sifat malas berusaha akan memberikan kesan buruk kepada masa depan kita sendiri.

Tiada siapa yang dapat mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri yang perlu berusaha untuk berubah. Orang lain boleh memberikan nasihat supaya jangan malas, tapi diri kita sendiri yang akan menentukan nak jadi rajin ke malas.

Tukarkan Sifat Malas Kepada Positif

Malas bukan semuanya perkara negatif dan buruk saja. Contohnya ada juga malas yang positif, seperti malas melakukan maksiat, malas membazir duit, malas membuang masa, malas melepak dan malas melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Ada banyak lagi perkara lain yang hendaklah kita elakkan.

Dalam situasi tertentu, sifat malas adalah baik untuk mencegah diri kita dari melakukan perkara-perkara yang sia-sia.

Berusaha Untuk Merajinkan Diri

Kita perlu berusaha untuk berubah. Kalau tak dapat berubah banyak, cuba berubah sedikit demi sedikit pun dah ok. Lebih baik dari tak mahu berubah langsung. Untuk berubah kita perlu ada motivasi yang kuat. Banyakkan berdoa kepada Yang Maha Kuasa.

Jadi marilah kita sama-sama berusaha untuk membuang sifat malas yand ada dalam diri kita. Saya tulis artikel ni bukan bermaksud yang saya tak pernah malas. Kadang-kadang tu datang malas juga sebagai manusia normal. Ni pun nasib baik rajin untuk menulis. Kalau malas memang tak tertulis dah artikel ni. Saya pun tengah usaha untuk membuang sifat malas yang negatif ni. Jika dibiarkan bahaya sebab makin melarat.

InsyaAllah semoga kita semua akan berjaya mengatasi sifat malas yang datang kepada kita.

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *