Berniaga Mengikut Sunnah

Berniaga Dengan JujurContoh usahawan terulung yang perlu dijadikan ikutan oleh setiap umat islam adalah Nabi Muhammad S.A.W. Baginda adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya semasa hidupnya. Baginda mempunyai kemahiran berniaga yang sangat dikagumi oleh orang lain.

Kebolehan dan kemahiran berniaga yang dimiliki baginda telah menyebabkan baginda mampu menjadi usahawan yang dipercayai oleh orang lain. Baginda melakukan perniagaan dengan jujur tanpa ada unsur-unsur penipuan dan juga riba yang sememangnya haram dalam islam.

Kita sebagai umat islam hari ini yang akan meneruskan perjuangan islam yang telah dibawa dan disampaikan oleh baginda. Oleh itu, sebagai seorang usahawan islam kita hendaklah melakukan perniagaan kerana ianya adalah satu sunnah Rasulullah (S.A.W).

Jika kita mengamalkan sunnah yang dibawa oleh baginda maka pahala yang akan kita diperolehi. Besar pahalanya jika kita mengamalkan sunnah yang dibawa oleh baginda.

Perniagaan hari ini memang tidak sama dengan zaman baginda. Ini kerana kita berada pada zaman yang berbeza yang semakin maju. Perniagaan hari ini lebih kepada teknologi maklumat ataupun perniagaan secara online.

Walau macam mana sekalipun perniagaan itu dilakukan, ianya tetap sebuah perniagaan. Iaitu proses yang melibatkan urusan jual beli di antara penjual dan juga pembeli.

Kita perlu melakukan perniagaan dengan jujur dan ikhlas mengikut sifat yang ada pada baginda semasa menjalankan perniagaaan. Dengan mengikuti cara baginda ini barulah kita akan dapat menjadi seorang usahawan islam yang mengikut sunnah yang di bawah oleh baginda S.A.W.

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *