Berkat Sedekah Hari Jumaat

Salam-Jumaat(Gambar hanya sekadar hiasan)

Dihari jumaat yang mulia dan penuh berkat, kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan sunat dan juga bersedekah. Semoga amalan yang kita lakukan akan diberkati olehNya.

Saya ingin berkongsi satu pengalaman tentang keajaiban sedekah yang berlaku kepada diri saya sendiri. Amalan sedekah ini saya lakukan pada hari jumaat iaitu selepas selesai menunaikan solat jumaat saya akan memasukkan sedikit wang ke dalam tabung masjid.

Maka adalah satu hari jumaat tu saya tergerak hati untuk bersedekah lebih dari hari sebelumnya. Iaitu saya tidak pernah bersedekah dengan jumlah wang sebanyak itu pada hari jumaat sebelum-sebelumnya. Jumlahnya biarlah rahsia.

Selang beberapa hari kemudian saya terima satu email. Email memang banyak saya terima setiap hari tapi ada satu email ni memang sangat jarang diterima iaitu email komisen yang saya terima dari pemasaran affiliate untuk sebuah produk online.

Saya sudah lama tidak mempromosikan produk tersebut tapi tiba-tiba saja mendapat email yang memberitahu tentang komisen yang saya terima. Ini adalah screenshot email yang saya terima.

Screenshot EmailAgak terkejut juga dan rasa bersyukur sangat. Walaupun jumlahnya tidaklah banyak tapi cukuplah untuk saya guna sebagai perbelanjaan harian dan membayar bil internet pada bulan itu.

Adakah satu kebetulan produk yang sudah lama saya tidak promosi dan tiba-tiba menerima komisen dari jualan produk. Mungkin juga ia rezeki yang tidak disangka-sangka dari sedekah yang telah saya lakukan sebelumnya.

Apa pun saya sangat bersyukur atas segala rezeki yang telah diterima.

Kita bersedekah bukan untuk mengharapkan kembali balasan. Semuanya perlu dilakukan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan dari sesiapa pun. Jika menerima balasan balik itu adalah ketentuan rezeki dari Allah. Kita hanya manusia biasa dan perlu yakin yang rezeki semuanya datang dari Allah.

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *