Bekerja Kuat Untuk Diri Sendiri

Bekerja Kuat Untuk Diri SendiriAntara kelebihan menjadi usahawan adalah kita bekerja untuk diri kita sendiri. Kita bukannya bekerja untuk orang lain. Jika kita bekerja makan gaji, kita bekerja kuat macam mana sekalipun, orang lain yang akan dapat keuntungan dari hasil usaha yang kita lakukan. Orang itu adalah bos tempat kita bekerja. Gaji kita tetap sama pada setiap bulan. Itupun bergantung kepada bos kita jika bos baik hati dia akan bagi bonus untuk kita setiap bulan.

Apabila menjadi seorang usahawan, kita mempunyai hak ke atas diri kita sendiri. Setiap keuntungan yang bakal kita perolehi adalah bergantung kepada usaha kuat yang telah kita lakukan. Kita bekerja kuat bagi membangunkan produk kita supaya orang lain akan mendapatkan produk kita itu.

Jika kita sendiri (tuan punya produk) tidak bersungguh-sungguh dengan produk yang kita hasilkan, mana mungkin pembeli akan yakin untuk mendapatkan produk kita.

Pembeli akan lebih yakin dengan produk itu jika tuan punya produk berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan produk itu. Pastikan juga produk yang kita hasilkan itu berkualiti dan dapat memenuhi keperluan pembeli.

Sudah pasti keuntungan yang kita perolehi adalah sangat lumayan jika kita berusaha bersungguh-sungguh dan dapat meyakini ramai pembeli untuk mendapatkan produk kita.

Masa hadapan kita sebagai usahawan adalah bergantung kepada usaha yang kita sedang lakukan pada hari ini. Jika kita bekerja kuat pada hari ini, insyaAllah kehidupan kita masa hadapan akan lebih cerah dan berjaya.

Bekerja kuatlah sekarang supaya kita akan memperolehi hasil yang lumayan pada masa hadapan.

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *