Balas Komen & Hantar PM Secara Automatik Dalam Facebook Page Guna Software Auto PM

Balas-Komen-&-PM-Secara-Automatik-Dalam-Facebook-Page-Guna-Software-Auto-PMHari ni admin nak share berkenaan satu software hebat yang mampu membantu ramai usahawan yang menjalankan bisnes online menggunakan Facebook. Lebih sepesifik lagi bagi mereka yang menggunakan Facebook Page.

Kebiasaannya ramai yang akan komen ‘PM’ pada ruangan komen post kita. Padahal kita dah bagi info untuk mereka hubungi kita menggunakan SMS atau Whatsapp. Jika seorang komen maka yang lain juga akan mula terikut-ikut. Mesti penat nak reply satu-satu. Tapi kini anda tidak perlu lagi pening kepala kerana adanya satu software yang dinamakan “AUTO PM”

Kelebihan software Auto PM:

  1. Dapat jimatkan masa dan tenaga kerana tidak perlu membalas satu-satu setiap Komen dan PM di Facebook Page anda. Memang penat jika nak balas dan hantar PM satu-satu mereka yang berminat. Biarkan software Auto PM ini yang membalas komen & hantar PM. Anda boleh jimatkan masa dengan melakukan kerja-kerja lain yang lebih penting.
  2. Boleh gunakan teknik viral post dengan menyuruh prospek Komen ‘PM’ atau ‘SAYA NAK’ di post anda. Teknik komen PM dapat membantu membuat post anda menjadi viral. Lagi ramai orang komen lagi bagus. Dan software Auto PM ini akan membalas dan boleh hantar PM setiap orang yang komen tersebut.
  3. Semuanya boleh di tetapkan secara automatik. Biarkan software ini menjadi pembantu peribadi anda. Anda hanya perlu setkan beberapa keyword dan biarkan software ini yang bekerja untuk anda secara automatik.

Ada banyak lagi kelebihan lain jika anda menggunakan software Auto PM ini. Boleh rujuk website Auto PM. [ Klik Sini ]

Testimonial Pengguna Software Auto PM

“Alhamdulillah, software AUTO PM ni memang best. Macam ada ‘pembantu peribadi’ tolong jawab PM. Software ni banyak bantu jimatkan masa dan tingkatkan sales. Sebelum ni banyak komen PM pelanggan yang berminat nak beli produk tetapi kami tak reply sebab terlalu ramai dan tak sempat jadi kami hanya tumpukan kepada pelanggan yang whatsapp sahaja.

Jadi dengan software AUTO PM, masa lebih jimat dan sales meningkatkan 100% walaupun hari pertama pakai. Usahawan Online di fb wajib ada Software AUTO PM ni kalau nak letupkan jualan.” (Rahman Baco, Pharmacist)

Untuk baca lebih banyak testimoni dan dapatkan software Auto PM ini, anda boleh rujuk link dibawah:

Klik Sini >> SOFTWARE AUTO PM

Jaminan Pulangan Wang 100%

Jika anda tidak berpuashati dengan software Auto PM tersebut, anda boleh menghubungi pemilik software tersebut untuk permohonan refund dalam tempoh 30 hari dari tarikh bayaran. Mereka akan pulangkan wang anda 100%. Pembelian anda adalah terjamin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *