Amanah Dalam Laman Sosial

Amanah-Dalam-Laman-SosialTopik Amanah dalam Laman Sosial ini telah dibincangkan oleh Ustaz Dr. Izhar Ariff melalui rancangan Assalamualaikum di TV Alhijrah. Topik ini sangat menarik kerana ianya berkaitan perkara yang berlaku dalam kehidupan kita seharian yang mana kita telah menjadikan media sosial seperti facebook, twitter, instagram, whatsapp dan lain-lain sebagai suatu kemestian yang penting pada masa kini.

Saya akan kongsikan semula berdasarkan 3 point utama yang dikongsikan oleh beliau kepada para penonton. Moga bermanfaat.

1) Bergaul Dengan Sahabat Yang Baik
Jika berkawan dengan penjual minyak wangi, kita juga akan dapat berbau wangi. Jika berkawan dengan tukang besi, kita akan berbau seperti tukang besi. Begitulah perumpaan bila menyebut soal memilih kawan yang boleh memberikan kesan sampingan kepada diri kita sendiri.

Dalam hidup ini kita perlu memilih kawan-kawan yang betul. Apabila berkawan dengan orang yang baik, ia juga akan meransang diri kita untuk melakukan perkara yang baik. Begitulah juga jika sebaliknya. Walaupun hanya berkawan secara online di laman sosial, kita perlu juga memilih kawan-kawan yang baik supaya kita juga akan berusaha menjadi orang yang baik.

2) Menulis Perkara Yang Bermanfaat
Antara contoh perkara bermanfaat yang boleh dikongsikan di laman sosial adalah kita berkongsi resepi-resepi masakan. Jika ada kawan-kawan yang mencuba dan memberi makan kepada ahli keluarga mereka, sudah pasti kita juga akan mendapat pahala kerana berkongsi kebaikan dan perkara bermanfaat kepada orang lain.

Boleh juga berkongsikan hadis-hadis sahih yang dapat memberikan kesedaran kepada pembaca. Yang pasti melalui hadis-hadis sahih ini kita juga akan mendapat banyak ilmu yang bermanfaat untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

3) Limitkan Masa
Penggunaan masa di laman sosial ini adalah bergantung kepada individu. Mereka perlu bijak untuk membahagikan masa yang ada dengan sebaiknya. Menggunakan masa untuk aktif di laman sosial itu tidak salah tapi ia boleh jatuh haram jika ianya berlebihan sehingga melalaikan kita untuk melakukan amal ibadah yang lain seperti solat, baca Quran, berzikir dan lain-lain.

Gunakan masa dengan bijak. Bahagikan masa mengikut keperluan kita untuk menggunakan laman sosial bagi menghilangkan rasa bosan atau mengisi masa lapang. Tapi jangan sampai berlebihan sehingga mengabaikan perkara-perkara wajib lain yang lebih penting untuk kita lakukan.

*

Sebagai kesimpulan, penggunaan laman sosial itu tidak salah. Kita boleh saja menggunakannya untuk memenuhi keperluan diri kita. Tapi kita perlu ada kesedaran dan tanggungjawab untuk menjadikan ia sebagai sumber pahala kepada kita. Jika tidak ia juga boleh menjadi sumber dosa kepada kita jika disalahgunakan.

Menggunakan laman sosial ini memang seoronok sehingga boleh melalaikan seseorang. Jangan mudah lalai dengan tipu daya laman sosial ini kerana kita masih boleh mengawalnya supaya ia dapat memberi manfaat kepada diri kita dan juga orang lain. InsyaAllah.

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha