7 Tip Atasi Perasaan Takut Berniaga

7-tip-atasi-perasaan-takut-berniagaBiasanya perasaan takut berniaga berlaku kepada mereka yang baru pertama kali berniaga. Jika dah lama berniaga, perasaan takut tu akan berkurangan. Kalau nak ikutkan apabila kita buat bisnes online, kita tidak perlu pun berhadapan dengan  orang lain secara bersemuka.

Tapi perasaan takut tu boleh datang apabila kita rasa rendah diri kerana tidak pandai berniaga. Kita takut apa yang orang lain fikirkan. Apa yang kawan kita kata jika mereka lihat kita promote iklan pada facebook atau instagram kita. Itu contoh beberapa faktor yang menyebabkan kita takut berniaga.

Perasaan takut adalah kerana kita tiada keyakinan diri. Jika keyakinan diri kita tinggi maka perasaan takut akan berkurang. Perasaan takut tidak dapat dihilangkan sepenuhnya tapi boleh dikurangkan sedikit demi sedikit. Jom kita lakukan tip-tip dibawah ni supaya kita dapat berniaga dengan lebih yakin lagi.

1) Mulakan Langkah Pertama

Tiada langkah pertama maka tiada langkah seterusnya. Jangan hanya bersikap tunggu dan lihat sahaja. Jika tidak mencuba kita tidak akan tahu. Apabila mencuba barulah kita tahu setakat mana kelebihan dan kekurangan diri kita.

Jika tidak bermula langkah pertama untuk mulakan bisnes kita, maka sampai bila-bila pun kita akan terus dibelenggu rasa takut berniaga tu.

2) Belajar Dari Kesilapan

Kita manusia biasa sudah tentu tidak sempurna. Kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Dari kesilapan itulah menjadikan diri kita lebih matang. Paling penting tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Kita belajar dari kesilapan dan perbaiki diri kita sedikit demi sedikit. Tidak perlu takut jika buat silap semasa berniaga kerana kita sebenarnya sedang belajar dari kesilapan untuk jadi lebih baik.

3) Berani Mengambil Risiko

Apabila melakukan bisnes, kita akan berhadapan risiko kena reject dengan customer, kena maki dengan customer, supplier buat hal, pos laju lambat sampai dan banyak lagi. Tidak semua orang berani menghadapinya tapi dalam berniaga memang perlu ada keberanian untuk berhadapan dengan pelbagai masalah.

Itu semua asam garam dalam dunia bisnes. Dan apa yang penting adalah bagaimana kita menghadapi situasi tersebut dan mengawal supaya tidak bertambah teruk. Kita perlu sentiasa bersiap sedia.

4) Tambah Ilmu Berniaga

Kita akan belajar dari pengalaman sendiri. Banyak juga yang kita boleh belajar dari pengalaman orang lain. Ada banyak cara sebenarnya untuk kita dapat ilmu berniaga. Sentiasa tambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa dengan membaca buku-buku berkaitan bisnes.

Jika ada masa boleh belajar dengan ramai guru atau sifu bisnes yang ada di luar sana. Bila ada ilmu barulah kita akan lebih yakin untuk berniaga. Kita tidak akan rasa risau atau terlalu takut apabila ada ilmu.

5) Cari Kawan Yang Sentiasa Menyokong

Kita mempunyai kawan yang ramai. Tapi dalam ramai-ramai kawan itu belum tentu kawan berkualiti. Ada yang hanya berkawan kerana sebab-sebab tentu yang mereka nak dari kita. Kita boleh berkawan dengan semua orang tapi kita boleh memilih kawan-kawan yang sentiasa menyokong kita.

Susah nak cari kawan yang susah senang ada bersama. Jika ada maka hargai mereka dengan sebaiknya. Merekalah yang akan sentiasa memberi semangat kepada kita diwaktu kita jatuh dan bangun dalam dunia bisnes yang penuh cabarannya.

6) Fikirkan Perkara Positif

Pedulikan apa yang orang lain fikirkan. Jika perut kita lapar bukan mereka yang akan bagi kita makan. Kita perlu usaha untuk diri kita sendiri. Sentiasa berfikiran positif yang kita berniaga adalah kerana kita suka berniaga. Bukan untuk tunjuk atau puaskan hati orang-orang tertentu.

Kita perlu yakin yang kita juga boleh berjaya seperti orang lain. Kita akan bantu orang lain pula apabila kita sudah berjaya dalam bisnes kita.

7) Sentiasa Berdoa Kepada Allah

Sebagai orang islam, usaha dan doa jangan tinggal. Sehebat mana pun kita jangan sampai lupakan Dia. Dialah yang memberikan rezeki kepada kita. Banyakkan berdoa kepadaNya diwaktu susah dan senang.

Sentiasa yakin Dia akan membantu kita. Sentiasa buat amalan-amalan untuk menjemput rezeki seperti solat sunat dhuha, bersedekah, dan lain-lain. Biar sikit tapi konsisten setiap hari. InsyaAllah. 🙂

*

Sebagai kesimpulan, jika nak berniaga kita kena buang rasa takut tu. Jangan terlalu fikirkan perkara buruk yang belum tentu berlaku. Kita perlu bersangka baik setiap masa. Setiap orang ada cara masing-masing untuk hilangkan rasa takut tu. Buat saja cara mana yang rasa sesuai dan selesa dengan diri kita.

Jika masih takut berniaga, maka kita akan terus ketinggalan. Hanya orang yang berani saja akan terus maju ke hadapan. Itulah pilihan kita. Kita perlu berani untuk berniaga. Tapi bukan berani kosong. Tapi berani dengan ilmu supaya kita dapat berniaga dengan cara yang betul. InsyaAllah moga kejayaan jadi milik kita. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *