5 Tip Pemasaran Instagram Untuk Bisnes

Pemasaran-Instagram-Untuk-BisnesInstagram (IG) adalah masa depan pemasaran online melalui medial sosial. Pengguna instagram sentiasa meningkat seiring dengan peningkatan pengguna telefon pintar pada masa kini. Instagram boleh digunakan untuk mengembangkan lagi bisnes anda.

Instagram adalah satu platform wajib untuk mengembangkan lagi bisnes anda. Anda akan ketinggalan jika tidak menggunakan instagram untuk mempromosikan bisnes anda, kerana telah ramai pemilik bisnes diluar sana menjadikan instagram sebagai kedai online mereka.

Gunakan instagram selagi ianya masih percuma. Kita tidak tahu mungkin 1 hari nanti kita terpaksa bayar iklan ads untuk iklan di instagram sama seperti facebook ads.

Ada banyak cara yang boleh kita lakukan untuk mempromosikan produk kita melalui instagram.

1. Pemasaran Dalam Bentuk Gambar Dan Video

Sentiasa update gambar-gambar produk yang terkini. Ramai pengguna akan mudah tertarik dengan gambar-gambar yang fresh dan menarik. Mereka akan like dan komen pada gambar yang mereka suka. Jika anda mempunyai video lagi bagus untuk menarik pengguna mengenali produk anda.

2. Target Rakan-rakan Yang Berminat

Kita boleh follow siapa sahaja rakan-rakan yang mempunyai akaun instagram. Jika mereka follow kita balik, itu bermakna mereka berminat dengan akaun instagram kita. Mereka berminat untuk tahu apa produk yang kita jual. Kita tidak boleh paksa orang lain yang tidak berminat supaya follow akaun instagram bisnes kita.

3. Bina Network Untuk Bisnes Anda

Sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan follower instagram kita. Kita boleh menjalankan contest supaya mereka dapat sertai untuk memenangi hadiah percuma. Sentiasa jalinkan hubungan persahabatan supaya follower akan lebih mengenali pemilik bisnes dan produk yang kita jual.

4. Bina Branding Yang Kukuh. Maksimakan penggunaan #hashtag

Jadikan akaun instagram kita menarik. Bina jenama bisnes kita melalui instagram. Gunakan fungsi #Hashtag yang unik dan menarik supaya orang akan sentiasa ingat. Selalu gunakan hashtag tersebut dalam post yang kita buat supaya ianya akan melekat dalam fikiran follower kita. Silap haribulan ianya boleh menjadi trend di instagram.

5. Letakkan Gambar Testimonial Pembeli

Sentiasa menunjukkan gambar testimonial supaya pelanggan akan lebih yakin dengan bisnes yang kita jalankan. Jika mereka melihat ramai orang yang telah membeli dan menggunakan produk kita, maka mereka juga akan tertarik untuk mencuba produk yang kita jual. Testimonial dapat meningkat kepercayaan follower instagram anda berbanding mereka yang hanya tunjuk gambar produk sahaja.

*

Apa yang saya kongsikan disini hanyalah perkara asas yang boleh kita buat melalui instagram. Tidak kiralah apa bisnes yang anda jalankan, anda mesti mempunyai sekurang-sekurangnya 1 akaun instagram untuk bisnes anda.

Jadikan instagram sebagai tempat untuk kita bersosial sambil berbisnes di internet. Sentiasa menjalin hubungan baik dengan follower kita. Letakkan dengan lengkap segala details pada info instagram kita supaya follower akan dapat tahu dan bagaimana cara supaya mereka dapat  menghubungi kita.

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *