5 Tip Memulakan Bisnes T-Shirt Online

5-Tip-Memulakan-Bisnes-T-Shirt-Secara-Online

Bisnes t-shirt adalah bidang bisnes yang mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Sama ada anda menjalankan perniagaan sendiri atau bekerja dengan orang lain. Ianya boleh dijalankan secara part time atau fulltime. Bagi memudahkan perjalanan anda memulakan bisnes t-shirt, saya akan kongsikan beberapa tip bagaimana cara anda boleh memulakan bisnes t-shirt sendiri secara online.

Apakah yang saya kongsikan ini hanya asas-asas penting yang perlu anda lakukan supaya dapat memudahkan perjalanan bisnes t-shirt online yang anda jalankan. Ianya dari pengalaman sendiri dan juga perkongsian dari otai-otai bisnes t-shirt.

1. Bina Branding Bagi T-Shirt Anda

Ini adalah langkah awal yang perlu anda lakukan. Anda perlu membina satu jenama atau branding bagi produk anda. Anda perlu fikirkan satu jenama t-shirt yang menarik. Anda boleh lihat sendiri di pasaran t-shirt hari ini ada banyak jenama t-shirt yang terkenal. Anda juga boleh bina jenama anda sendiri dengan memilih nama yang sesuai. Proses penjenamaan ini sebenarnya sangat penting supaya orang akan dapat mengenali bisnes anda dan lama kelamaan jenama anda akan melekat dalam pemikiran mereka dan menjadi jenama yang popular.

2. Bina Pengaruh Melalui Facebook dan Instagram

Anda perlu segera mencari dan membina pengikut anda sendiri di laman sosial facebook dan instagram. Dua laman sosial ini adalah yang terbaik untuk anda mengembangkan bisnes t-shirt anda secara online. Bina sebuah fanpage dan akaun InstaGram dan jemput sesiapa sahaja rakan-rakan yang berminat untuk like dan follow bisnes anda. Untuk memudahkan peningkatan jumlah fans, anda boleh mengadakan apa-apa Contest/Giveaway yang menarik supaya page anda akan menjadi viral. Syarat untuk join contest adalah mereka perlu share atau repost gambar dari fanpage dan IG anda.

3. Tempah Design T-Shirt Dari Pakar Grafik

Jika anda seorang yang mahir dalam bidang grafik, perkara ini tidak menjadi masalah kepada anda. Tapi jika anda tiada skill dalam dalam bidang grafik, maka seeloknya anda mencari mereka yang pakar dalam bidang grafik dan menempah design grafik untuk t-shirt anda. Anda boleh mengupah mereka mengikut kepada jenis design yang anda mahukan. Anda sebenarnya tidak perlu pening kepala memikirkan design kerana mereka yang pakar dalam bidang grafik pasti dapat membantu anda membuat design yang menarik dan mendapat permintaan tinggi dipasaran. Anda cuma berikan idea dan konsep design yang anda mahukan. Sudah tentu pakar grafik dapat menyiapkan untuk anda.

4. Cari Pembekal T-Shirt Printing

Sementara menunggu design anda siap, anda boleh mula survey pembekal-pembekal yang boleh menyiapkan printing untuk design t-shirt anda. Anda boleh survey dulu harga mana yang lebih murah tapi dalam masa yang sama t-shirt yang mereka buat adalah berkualiti. Bukan hanya setakat membuat printing ala kadar kerana ia akan menjejaskan kualiti t-shirt anda di mata pembeli. Ambil masa anda dengan membuat research atau bertanya dengan kawan-kawan yang tahu di mana mereka mendapat pembekal t-shirt printing yang terbaik.

5. Mulakan Promosi dan Tempahan Secara Pre-Order

Bila design dah ada, pembekal pun dah ada. Anda sudah boleh mula membuat promosi di fanpage dan IG anda. Anda boleh membuat promosi dan mengambil tempahan secara pre-order. Iaitu pembeli yang berminat perlu membuat pre-order terlebih dahulu sebelum mereka dapat t-shirt mengikut saiz yang mereka mahu. Membuat pre-order penting bagi mengelakkan kerugian di pihak anda. Anda perlu mengambil pre-order mengikut saiz yang mereka mahu. Seterusnya barulah anda membuat tempahan kepada pembekal. Jika anda membuat tempahan terus kepada pembekal tanpa mengambil pre-order anda mungkin mengalami kerugian kerana anda tidak mengetahui saiz t-shirt yang mana paling tinggi permintaan.

Apa yang dikongsikan adalah beberapa asas utama bagi mereka yang mahu memulakan bisnes t-shirt sendiri secara online. Permintaan untuk t-shirt ini akan sentiasa ada jika design t-shirt anda menarik dan tidak sama dengan orang lain. Anda tidak perlu risau dengan persaingan, kerana itu memang adat dalam berniaga akan sentiasa ada pesaing. Tugas anda hanya perlu fokus kepada bisnes anda dan berusaha untuk memberikan sevis yang terbaik kepada pelanggan.

Anda perlu menghargai pelanggan yang ada kerana mereka yang pernah membeli dengan anda pasti akan membuat pembelian yang seterusnya. Jika servis teruk, maka itu akan jadi pembelian terakhir. Apa yang penting kita kena yakin dan terus memberikan kualiti yang terbaik dalam bisnes t-shirt yang kita jalankan.

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *