5 Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Oleh Usahawan Semasa Close Sale Melalui Whatsapp

Platform whatsapp adalah tempat paling popular dikalangan usahawan internet Malaysia untuk close sale pelanggan selain dari facebook messenger dan juga instagram direct message.

Namun begitu proses close sale melalui whatsapp tidaklah semudah ABC dan ramai usahawan terlepas pandang melakukan kesilapan-kesilapan kecil yang merugikan dan menyebabkan pelanggan tidak jadi membeli produk mereka.

Jom kita lihat apakah kesilapan biasa yang dilakukan oleh kita sebagai usahawan/peniaga online yang cuba close sale pelanggan melalui whatsapp.

1) Terlalu Rakus dan Ghairah

Jangan salah faham pula dengan point di atas. Maksudnya disini ramai penjual terlalu cepat untuk memaksa pelanggan supaya terus buat pembayaran serta merta, padahal pelanggan baru bagi salam dan tanya harga je. Dalam bahasa lain ia juga dipanggil gelojoh. 😅

Pelanggan yang hubungi kita bukan semuanya akan terus confirm beli. Mungkin mereka hanya survey harga dan nak tahu details tentang produk dulu.

Sepatutnya kita perlu lebih mesra dan berkenalan dulu dengan pelanggan. Perkenalkan serba ringkas diri kita siapa dan tanya pelanggan seperti nama, lokasi mereka dan lain-lain yang bersesuaian.

2) Tidak Mendengar Masalah Pelanggan

Ramai yang terlepas pandang untuk bertanya dengan lebih details masalah atau keperluan pelanggan. Jangan tunggu pelanggan tanya tapi kita yang perlu mengawal perbualan dengan bertanya soalan kepada mereka.

Kita perlu tanya soalan atau perkara yang berkaitan diri mereka. Apabila sudah dapat kenalpasti masalah atau keperluan pelanggan barulah kita dapat mencadangkan produk yang sesuai kepada mereka.

3) Info Produk Terlalu Banyak & Meleret

Apabila berkongsi tentang kelebihan produk, ramai  peniaga yang hanya copy paste bermacam-macam info tentang produk dan hantar semuanya sekaligus kepada pelanggan. Dengan harapan pelanggan akan baca semuanya.

Bukan semua orang rajin nak baca info atau artikel yang panjang lebar ni. Apatah lagi jika baca dalam whatsapp.

Sepatutnya kita berikan info yang ringkas dan padat supaya mudah difahami oleh pelanggan.

4) Lambat Balas Mesej / Bluetick

Bukan orang bercinta je yang merajuk bila kena bluetick. Orang biasa pun frust bila kita pm tanya produk tapi dia hanya bluetick je. Dalam hati pelanggan akan berkata, “Ehh dia ni nak berniaga ke tak nak nih?!”

Jadi sebagai seller yang osem, kita perlu segera balas jika dah baca. Jangan tunggu lama-lama nanti dikebas orang. Kalau buzy sangat jangan baca dulu supaya pelanggan faham yang kita belum baca mesej mereka. Nanti free baru kita baca dan terus reply.

5) Tidak Ada ‘Urgency’ Supaya Pelanggan Cepat Bertindak

Dalam proses close sale masa adalah sangat penting. Kita tidak boleh membiarkan pelanggan lambat bertindak membuat bayaran selepas mereka benar-benar berminat untuk beli produk kita. Jika dah terlalu lama bertangguh nanti mereka akan lupa dan keinginan untuk membeli sudah berkurangan.

Antara teknik ‘urgency’ yang boleh kita lakukan supaya pelanggan cepat bertindak adalah:

“Harga asal produk ni RM100. Tapi hari ini saya bagi harga special untuk puan harga RM50 sahaja. Free postage lagi tau. Dengan syarat bayaran perlu dilakukan dalam tempoh 24 jam sahaja.”

“Stok produk ni sangat laku keras. Setakat ni stok hanya tinggal 5 kotak sahaja. Cik perlu order cepat sebelum kehabisan stok.”

Itu hanya contoh sahaja. Anda boleh gunakan kreativiti sendiri untuk membuat pelanggan anda segera bertindak. Jika lambat bertindak mereka akan rugi kerana terlepas tawaran istimewa/terhad.

Kesimpulan

Apa yang saya kongsikan di atas adalah beberapa kesilapan biasa yang kita terlepas pandang dalam usaha untuk close sale pelanggan melalui whatsapp. Ada banyak lagi sebenarnya kesilapan biasa yang kita lakukan.

Proses close sale melalui whatsapp tidak susah jika kita telah mahir. Cuma kita perlu sentiasa belajar dan tambah ilmu setiap masa. Dalam proses close sale jangan terlalu serius sangat hingga menyebabkan pelanggan kurang selesa. Kita berbual seperti berbual dengan orang yang kita kenal. Perlu lebih relax dan santai sahaja. Yang penting pelanggan selesa.

Terima kasih buat anda yang sudi baca perkongsian saya ni. Jika anda rasa ia bermanfaat boleh tekan ‘SHARE’ dibawah supaya ramai rakan-rakan usahawan lain juga mendapat manfaat. InsyaAllah

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *