3 Tip Bisnes Di Media Sosial

Tip Bisnes Di Media SosialRamai diantara kita sudah pasti mengenali pelakon popular dan usahawan muda berjaya iaitu saudara Fizo Omar. Beliau merupakan pemilik bisnes HotBurger yang telah membantu ramai usahawan memulakan perniagaan burger sendiri.

3 Tip Bisnes Di Media Sosial ini dikongsikan oleh saudara Fizo Omar melalui laman instagram beliau. Dan saya rasa terpanggil untuk berkongsi semula tip-tip tersebut kerana ia sangat bermanfaat kepada semua usahawan yang menjalankan bisnes online melalui media sosial seperti facebook, instagram, twitter dan banyak lagi.

*

Sekarang ni memang banyak usahawan & product owner yang memilih media sosial sebagai medium memasarkan produk mereka. Potensi dan skop media sosial sebagai pemudah cara memang efektif tetapi perlu ada cara yang betul.

Ramai yang bertanya, “Produk saya bagus, tapi sale tak jalan la..kenapa eh?”. Hari ni saya nak berkongsi 3 Tips Bisnes Di Media Sosial.

1. HEADLINE.

Headline amat penting kerana ianya membuat prospek kita rasa tertarik untuk terus membaca. Headline tidak boleh terlalu panjang. Cukup sekadar 5 ke 7 patah perkataan. Gunakan huruf besar.

2. GAMBAR MENARIK.

Gambar produk adalah amat penting sebab ianya merupakan subjek kita. Sesetengah peniaga screenshot gambar product daripada laman sosial dan upload. Kualiti gambar yang rendah menyebabkan prospek kita kurang yakin dengan produk yang dijual.

3. KELEBIHAN PRODUK.

Siapa nak beli sesuatu yang tidak beri manfaat kan? Contohnya produk kesihatan. Spesifikkan kelebihan produk tersebut dalam bentuk points supaya lebih mudah dibaca. .

InsyaAllah, lebih banyak Tips akan dikongsikan pada masa akan datang.

*

Kredit dan terima kasih kepada saudara Fizo Omar yang telah berkongsikan tips ini kepada kita semua. Walaupun apa yang dikongsikan hanya ringkas saja tapi ia merupakan asas penting dalam melakukan pemasaran melalui media sosial.

Semoga ia dapat memberi manfaat kepada kita semua dalam membantu meningkatkan jualan produk kita menerusi media sosial. Jika dipraktikkan dengan betul pasti ia akan membuahkan hasil. InsyaAllah.

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *