3 Cara Untuk Kekalkan Pelanggan Setia Yang Sentiasa Ingat Kepada Anda

3-cara-untuk-kekalkan-pelanggan-setia-yang-sentiasa-ingat-kepada-andaPelanggan setia yang beli berulang kali dengan kita sangat penting untuk bisnes jangka masa panjang. Apabila ada pelanggan setia, kita tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak seperti kita buat iklan fb ads untuk mendapatkan seorang pelanggan baru. Pelanggan yang setia adalah mereka yang sanggup berbelanja lebih dari sekali untuk membeli produk kita. Sama ada repeat order produk yang sama ataupun beli produk berbeza yang kita jual.

Untuk mendapatkan pelanggan yang setia tidak susah. Kita perlu tahu bagaimana untuk menambat hati mereka. Dalam bisnes online hari ini, kita tidak perlu bersemuka dengan pelanggan tapi hubungan komunikasi adalah sangat penting sama ada melalui facebook, instagram, whatsapp, email atau apa saja platform online yang kita gunakan.

Ada banyak cara yang mesti kita buat untuk membuat pelanggan sentiasa ingat kepada kita sebagai penjual produk kepada mereka. Dalam post ini saya akan share 3 cara mudah dan berkesan untuk buat pelanggan sentiasa ingat kepada kita dan boleh menjadi pelanggan setia bisnes kita seumur hidup. InsyaAllah.

1) Ucapkan Terima Kasih

Kita perlu ucapkan terima kasih selepas mereka baru pertama kali beli. Bukan senang-senang tau seseorang tu nak keluarkan duit mereka dan beri kepada kita. Pelanggan akan rasa lebih dihargai bila dapat ucapan terima kasih. Benda ni nampak simple dan remeh tapi sebenarnya ia boleh beri satu impak yang cukup besar kepada bisnes kita untuk jangka masa yang panjang.

Tidak semestinya perlu ucap terima kasih setiap masa untuk jaga hubungan kita dengan pelanggan. Tapi kena tengok keadaan atau situasi yang sesuai barulah kita berterima kasih kepada mereka.

2) Dapatkan Maklum Balas (Feedback)

Kita perlu dapatkan feedback dari pelanggan selepas mereka membeli roduk kita. Setiap maklum balas tu penting bagi memastikan pelanggan berpuas hati dengan produk atau servis yang kita jual. Jika dapat feedback yang baik, kita boleh gunakannya sebagai testimoni untuk tingkatkan lagi jualan produk kita. Jika dapat testimoni kurang baik, ianya adalah ‘signal’ untuk kita menambah baik lagi kualiti produk/servis kita di masa hadapan.

Melalui maklum balas dari pelanggan, ia bukan sahaja dapat membantu kita meningkatkan lagi kualiti produk/servis kita, malah ia dapat menjadikan pelanggan sentiasa ingat kepada kita. Pertama, kita telah bantu dia dapatkan produk yang dia nak. Kedua, kita bertanya khabar selepas menggunakan produk kita. Di mata pelanggan, kita adalah seorang penjual yang sentiasa mengambil berat kepada pelanggan mereka. Bukannya seorang penjual yang lepas dapat duit terus diam.

3) Sentiasa Berhubung (Follow Up)

Kita perlu konsisten berhubung dengan pelanggan. Konsisten tidak semestinya kita perlu bertanya khabar setiap hari. Dalam sebulan perlu ada beberapa kali kita update tentang perkembangan bisnes kita, produk terbaru, ada promosi/diskaun, dan lain-lain. Ini bagi memastikan pelanggan tidak lupa kepada kita. Jika dibiarkan tiada update dalam tempoh masa yang lama, pelanggan akan lupa kepada kita.

Jika ada hari-hari penting kita boleh beri ucapan selamat kepada pelanggan. Contohnya ucapan hari lahir, hari guru, hari pekerja dan lain-lain. Ini akan menjadikan pelanggan sentiasa ingat kepada kita. Pelanggan akan melihat kita lebih dari setakat seorang penjual.

Semoga dengan 3 tip yang saya kongsikan di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan anda untuk jangka masa panjang.

Terus berhubung dan bertanya khabar tidak kira siapa latar belakang mereka. Sudah menjadi fitrah manusia akan suka bila dirinya dihargai. Jangan hadkan hubungan anda dengan pelanggan hanya setakat penjual-pembeli sahaja. Jadikan pelanggan sebagai sahabat baik anda. 🙂

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

2 comments on “3 Cara Untuk Kekalkan Pelanggan Setia Yang Sentiasa Ingat Kepada Anda

  1. Zaini

    Terima kasih tuan atas tips yang diberi. Kita juga pelanggan. Apabila kita membeli dan mendapat perhatian seperti di atas, kita akan rasa sangat dihargai dan seronok. Secara automatik akan memberi pandangan positif kepada peniaga tersebut.

    Begitu juga sebagai peniaga mengharapkan benda yang sama.

    Reply
    1. Nik Thoha Post author

      Sama-sama tuan. Terima kasih juga atas komen bernas yang diberikan. Semoga kita semua dapat memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan. InsyaAllah.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *