10 Tip Kepada Pelajar Dalam Bidang IT

10-Tip-Kepada-Pelajar-Dalam-Bidang-ITBidang IT sangat seronok untuk diterokai oleh sesiapa sahaja. IT (Information Technology) atau dalam bahasa melayu disebut sebagai Teknologi Maklumat. Penulisan tip ini adalah sebagai pelepas rindu kepada dunia IT selepas saya tamat belajar di universiti beberapa tahun lepas. Kiranya saya ni senior lah (perasan kejap).

Saya dapat sambung degree dalam bidang Information Technology (Software Engineering) selepas tamat program matrikulasi pada tahun 2009. Masa matrik dulu saya ambik sains biologi. Serius masa tu memang bercita-cita nak jadi doktor tapi tidak kesampaian. Macam mana seorang yang dari bidang sains biologi tiba-tiba terlepas masuk bidang IT? Pelik kan? Hmm itulah namanya rezeki. Kita hanya mampu merancang tapi perancangan Allah adalah yang terbaik.

Kiranya saya masuk bidang IT di universiti bermula dari zero sebab tak tahu apa-apa pasal bidang IT. Kalau nak kata sebagai buta IT pun boleh. Kebanyakan student baru ramai yang macam tu. Sikit je yang dari awal-awal memang dah terer bab komputer ni.

Semasa mula-mula memasuki bidang IT, memang saya tak tahu apa-apa pasal programming, database, website, networking dan banyak lagi istilah yang saya belajar dulu. Lepas belajar baru lah saya dapat tahu pasal semua benda tu.

Hari ni rasa tergerak hati nak kongsi tip-tip ni untuk adik-adik yang bakal atau sedang belajar dalam bidang IT tidak kira di mana saja anda belajar.

    1. Tak minat dalam bidang IT? Itu adalah normal sebab anda akan belajar dengan ilmu baru. Anda tak kenal lagi selok belok dunia IT ni. Jangan awal-awal lagi dah give up. Bagi peluang untuk diri anda mendalami dunia tanpa sempadan ni.
    2. Sebenarnya sesuatu perkara tu kena bermula dengan paksaan. Walaupun pertama kali tidak minat tapi anda perlu paksa diri untuk terima dan belajar benda baru. Hidup memang macam tu. Ia tak selalunya mengikut apa yang kita mahu. Kadang-kadang bermula dari keterpaksaan akan membawa kepada kesukaan (betul ke ayat tu?).
    3. Jangan fikir yang belajar IT ni susah. Sebab jika anda dah setkan dalam minda macam tu maka anda akan susah nak terima. Susah macam mana pun jangan sampai terlalu stress sangat. Bidang IT bukan susah tapi ianya sangat mencabar. Katakan pada diri anda yang saya sukakan cabaran!
    4. Ini cara untuk anda cepat terima suasana baru. Anda perlu cari kawan-kawan yang memang minat sangat dengan bidang IT. Bila anda berkawan dengan dia lama kelamaan ia akan memupuk minat anda dalam bidang IT. “Jika anda berkawan dengan perokok, anda pun akan mula belajar merokok. Jika anda suka berkawan dengan kaki buku, maka anda juga akan mula minat untuk membaca buku”. Begitulah perumpamaannya. Maksudnya kena pilih kawan yang betul.
    5. Ambil peluang untuk explore dan belajar sendiri dunia IT yang sangat luas. Tak cukup sekadar mengharapkan apa yang anda belajar semasa dalam bilik kuliah dan dalam kelas saja. Anda juga kena rajin buat research sendiri. Anda boleh tambah ilmu sendiri melalui pembacaan di internet dan juga rajin membaca buku-buku ilmiah.
    6. Berbuat baik dan rapat dengan lecturer. Ini bukan tujuan untuk bodek markah ya. Tapi sebenarnya anda perlu ada seorang mentor yang boleh membantu anda jika anda mempunyai apa-apa masalah. Dia juga boleh bagi semangat kepada anda jika anda rasa nak give up. Jika anda selalu berbuat baik dengan guru, insyaAllah ilmu akan lebih berkat.
    7. Jangan peduli sangat apa orang nak kata. Anda mungkin akan selalu terdengar kata-kata ni “zaman sekarang budak IT susah nak dapat kerja”. Memang pedih bila dengar macam tu kan. Hebat betul macam la dia dah tahu rezeki kita. Jangan takut kerana rezeki ada dimana-mana. Anda perlu yakin tu. Rezeki datang dari Allah.
    8. Bantu rakan-rakan yang lain. Jika anda pandai lebih sikit berbanding orang lain jangan segan-segan untuk kongsi ilmu itu. Hidup perlu saling bantu membantu. Jangan makan sorang diri. Kalau yang rasa kurang pandai tu jangan malu untuk bertanya. Jangan jadi bodoh sombong. Malu bertanya sesat jalan.
    9. Kena rapat dengan komputer. Realitinya dalam bidang IT ni memang anda akan selalu bermain komputer setiap hari. Jangan pula bila kata selalu bermain komputer, maka setiap hari main game je kejenya dan hari-hari online yang membuang masa. Jika sekali sekala tu tak mengapa. Tapi apa yang lebih penting adalah anda akan selalu buat kerja atau membina projek semuanya menggunakan komputer. Jagalah komputer/laptop anda baik-baik kerana ia adalah aset masa depan anda.
    10. Programming (pengaturcaraan) adalah subjek wajib bagi seorang pelajar IT. Wajib tahu asas programming. Yang ni mungkin agak berat sikit tapi tak mustahil. Kalau anda tahu asas programming anda boleh gunakannya untuk pelbagai jenis programming language yang lain. Contohnya anda belajar programming language Java tapi bila suruh buat coding dalam C++, anda boleh buat sebab dah tahu asas programming tu macam mana. Jika tahu asas akan jadi mudah tapi jika tak tahu jadi payah la sikit.

Begitulah secara ringkas coretan dari bekas seorang pelajar IT. Bekas tu hanya bekas pelajar universiti saja. Proses belajar dan menuntut ilmu tidak akan pernah berhenti. Kita perlu terus belajar dan terus belajar sampai bila-bila. Tidak kira apa saja ilmu yang ada di dunia ni.

Jangan bimbang soal kerjaya kerana rezeki itu akan ada dimana-mana. Belajar dengan bersungguh-sungguh biar sampai berjaya tidak kira macam mana sekalipun cabaran dan dugaan yang anda tempuhi dalam bidang IT ini. Hidup jangan berputus asa. Teruskan berusaha sampai berjaya ya!

Akhir sekali banyakkan berdoa kepada Allah. Semoga Dia akan permudahkan segala urusan kita seharian dalam hidup ini. Mohon doa juga dari ibu dan ayah. Doa ibu dan ayah akan menjadikan hidup kita lebih berkat dan berjaya di dunia dan akhirat.

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di Instagram @NikThoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *